Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak akan menggunakan teknologi dron bagi memantau kegiatan penerokaan haram di tanah milik kerajaan negeri terutamanya di kawasan yang tidak boleh diakses menggunakan kenderaan.
Pengarah PTG Perak, Datuk Syed Mokhtar Syed Iddris berkata, 19 PTG seluruh negeri itu akan menerima seunit dron secara berperingkat dalam masa terdekat bagi memastikan kegiatan haram itu dapat diperangi secara habis-habisan.
"Penggunaan dron dapat meningkatkan kecekapan dari segi pengurusan tanah dan penguatkuasaan undang-undang terutama dalam membanteras penerokaan haram di kawasan yang tidak boleh diakses menggunakan kenderaan," katanya pada majlis penyerahan dron itu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat May Nayan hari ini.
Menurut beliau lagi, Perak merupakan antara negeri yang mempunyai kes penerokaan tanah secara haram yang tertinggi di negara ini pada tahun lalu.
Kata beliau walaupun pihak PTG telah mengurangkan jumlah tersebut kepada lebih 50 peratus pada tahun ini, namun usaha-usaha memerangi kegiatan haram itu akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Syed Mokhtar memberitahu pada fasa pertama penggunaan teknologi dron itu, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM187,500 untuk membeli 15 unit dron dengan harga seunit RM12,500.
Pada fasa pertama, dron tersebut yang berharga RM12,500 seunit akan diserah kepada 12 daerah besar dan PTG sebelum diperluas kepada enam lagi daerah kecil menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata antara daerah yang mempunyai banyak penerokaan haram adalah Batang Padang, Kampar, Kinta dan Manjung.
Astro Awani
Fri Sep 30 2016
![Perak guna dron pantau penerokaan tanah haram Perak guna dron pantau penerokaan tanah haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61475211301_Drone.jpg)
Penolong Pegawai Tanah Ahmad Zikril Naim Md Saleh menunjukkan alatan kawalan jauh dron model Dji Inspire yang digunakan untuk tujuan pemantauan pada majlis Penyerahan Drone kepada seluruh Pejabat Daerah dan Tanah. - Foto Bernama
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738849052_DatukHusseinOmar.jpg)
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Feb, sempena sambutan Thaipusam.
![Iran dedah dron baharu diberi nama 'Gaza' Iran dedah dron baharu diberi nama 'Gaza'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737932906_IranMilitary.jpg)
Iran dedah dron baharu diberi nama 'Gaza'
Kewujudan dron itu berpotensi menjamin keselamatan di sempadan dan membendung ancaman pengganas.
![Misteri 'fenomena UFO' undang resah Misteri 'fenomena UFO' undang resah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734051953_tbkemunculandron.jpg)
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
![Dron Israel dilapor lakukan intipan di Beirut Dron Israel dilapor lakukan intipan di Beirut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733098098_LebanonNabatiehd.jpg)
Dron Israel dilapor lakukan intipan di Beirut
Dron Israel terbang pada ketinggian sederhana dan rendah hampir sepanjang hari di Beirut.
![Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730777940_TBMohdYusoffMamat.jpg)
Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.
![Pesawah guna teknologi dron mampu jimatkan masa, kurangkan tempoh masa bekerja Pesawah guna teknologi dron mampu jimatkan masa, kurangkan tempoh masa bekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730687774_MohdYazidYusrah.jpg)
Pesawah guna teknologi dron mampu jimatkan masa, kurangkan tempoh masa bekerja
Penggunaan teknologi dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dalam sektor pertanian semakin mendapat tempat dalam kalangan petani moden.
![Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730563382_MohammadHAlMomani.jpg)
Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani
Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab (JAF) akan menggunakan semua keupayaannya untuk melindungi negara dan memastikan keselamatan rakyatnya.
![Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730428299_MenurtSkydio.jpg)
Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China
Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.
![Amaran serangan udara di pelbagai kawasan di Ukraine Amaran serangan udara di pelbagai kawasan di Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729332905_KyivUkraine.jpg)
Amaran serangan udara di pelbagai kawasan di Ukraine
Sekitar 15 wilayah terjejas, termasuk Mykolaiv di selatan dan Dnipropetrovsk di tengah Ukraine.
![Korea Utara dakwa 1.4 juta orang muda sertai tentera minggu ini Korea Utara dakwa 1.4 juta orang muda sertai tentera minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729043120_KimJongUn.jpg)
Korea Utara dakwa 1.4 juta orang muda sertai tentera minggu ini
Dakwaan itu dibuat semasa ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak.