SKYDIO, pengeluar dron terbesar dari Amerika Syarikat telah dikenakan sekatan oleh China.

Menurut Skydio, sekatan dikenakan kerana syarikat membekalkan dron kepada Taiwan yang digunakan oleh agensi bomba negara tersebut.

Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.

Walaupun Skydio menghasilkan dron mereka di Amerika Syarikat, bateri masih lagi dihasilkan di China. Sumber bekalan bateri baharu perlu dicari bagi meneruskan pengeluaran dron.

Untuk tempoh seketika, jumlah bateri yang dijual bersama dron X10 mereka akan dikurangkan.

Tindakan menyekat Skydio dilihat sebagai balasan ke atas pelbagai halangan yang dikenakan kepada DJI sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Penggunaannya oleh agensi kerajaan dan anggota tentera telah diharamkan oleh Amerika Syarikat.

Pada waktu yang sama beberapa bulan lalu sebuah RUU cuba mengharamkan jualan dron DJI di Amerika Syarikat atas sebab keselamatan tetapi tidak diteruskan.

Akibatnya DJI memfailkan saman ke atas Amerika Syarikat kerana menyenaraikannya sebagai syarikat milik tentera China.