KYIV: Amaran serangan udara dikeluarkan di pelbagai kawasan di Ukraine pada awal pagi Sabtu apabila Rusia melancarkan serangan baharu menggunakan dron, 'glide bomb' dan peluru berpandu, dakwa perkhidmatan pertahanan udara negara itu.

Sekitar 15 wilayah terjejas, termasuk Mykolaiv di selatan dan Dnipropetrovsk di tengah Ukraine, menurut perkhidmatan pertahanan udara menerusi hantaran di Telegram.

Menurut pihak berkuasa, tujuh orang mengalami kecederaan dalam serangan menggunakan dron dan 'glide bomb' di wilayah timur Sumy, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sebahagian infrastruktur tenaga juga musnah.

Pada malam, ibu negara Kyiv turut mengeluarkan amaran serangan udara.

Pihak berkuasa pertahanan udara di Kyiv memaklumkan bahawa semua dron musuh di sekitar ibu negara dimusnahkan.

-- BERNAMA