BEIRUT: Pesawat tanpa pemandu (dron) peninjau milik tentera udara Israel dilaporkan melakukan pengintipan di Beirut, Lubnan.

Dron Israel terbang pada ketinggian sederhana dan rendah hampir sepanjang hari, kelihatan di kawasan kejiranan pusat dan pinggir selatan ibu negara Lubnan itu.

Tentera Israel terus melanggar perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak jam 4 pagi pada 27 November lalu.

Pada Khamis, dron Israel menyerang sebuah kereta di penempatan sempadan Markaba.

Selain itu, jet pejuang Israel secara sistematik menceroboh ruang udara Lubnan, manakala dron peninjau tidak meninggalkan kawasan selatan Lubnan.

Gencatan senjata antara Israel dan Lubnan, yang dimeterai mengikut pelan penyelesaian Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa pada malam 27 November setelah hampir 14 bulan ketegangan berterusan.

Menurut pelan penyelesaian itu, dalam tempoh 60 hari akan datang, tentera Lbnan menguasai wilayah di selatan negara itu.

Manakala pasukan dan infrastruktur Hezbollah mesti dipindahkan ke utara Sungai Litani yang terletak kira-kira 20 hingga 30 kilometer dari sempadan.

Dalam tempoh itu, Israel juga diwajibkan menarik balik sepenuhnya pasukan tentera dari wilayah Lubnan.