PARIT: Kerajaan Negeri Perak akan menjalankan kajian berkaitan kemiskinan haid dalam kalangan penduduk B40 di negeri ini khususnya melibatkan wanita dan remaja Orang Asli yang secara amnya tinggal di kawasan pedalaman.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata ia bagi mengenal pasti data spesifik termasuk peratus kemiskinan haid sekali gus memudahkan kerajaan negeri menambah baik bantuan yang diperlukan dan membantu menyelesaikan masalah dihadapi mereka.
"Masalah kemiskinan haid di perkampungan Orang Asli antaranya disebabkan kesukaran mendapatkan produk sanitari kerana tempat tinggal terletak jauh dari kedai dan sebagainya.
"Contohnya di perkampungan Suak Padi di sini, mereka tidak menghadapi masalah air bersih tetapi mungkin masalah keperluan untuk mendapatkan produk itu semasa kecemasan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia di Kampung Orang Asli Suak Padi di sini hari ini, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Parit Datuk Mohd Nizar Zakaria yang juga Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Menurutnya, terdapat kesedaran mengenai haid dalam kalangan masyarakat Orang Asli, namun ada segelintir yang masih kurang pendedahan dari segi pengurusan dan kebersihan.
Beliau berkata kajian dijalankan melibatkan seramai 2,000 wanita dan remaja perempuan bagi mendapatkan data yang tepat mengenai perincian kemiskinan haid dalam kalangan golongan B40 di Perak secara keseluruhan termasuk punca, masalah dan kesan dihadapi mereka akibat masalah berkenaan.
Dr Wan Norashikin berkata selain kesukaran mendapatkan produk sanitari disebabkan lokasi yang jauh, masalah kewangan didapati merupakan antara punca utama kemiskinan golongan itu di negeri ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan Kit Dana Kasih yang mengandungi lampin pakai buang bayi, barangan mandian bayi serta produk penjagaan dalam pantang kepada 50 keluarga yang baru menimang cahaya mata serta menyampaikan Kit Sanitasi Wanita Negeri Perak (PROKiS).
Beliau berkata kerajaan negeri mengambil langkah proaktif sebagai inisiatif dalam membantu kesejahteraan wanita seterusnya Keluarga Malaysia menerusi Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia dengan penyerahan bantuan barangan keperluan dan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk.
Program sehari itu turut diselangi dengan ceramah Subsidi Mamogram dan Ujian Saringan Kanser Serviks (HPV DNA), ceramah pengurusan tekanan dan emosi keluarga serta ceramah pendidikan kesihatan reproduktif dan pengurusan haid.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 26 2022

Kajian itu bagi mengenal pasti data spesifik termasuk peratus kemiskinan haid sekali gus memudahkan kerajaan negeri menambah baik bantuan yang diperlukan dan membantu menyelesaikan masalah dihadapi mereka. - Gambar hiasan/ Pexels
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.

Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.

Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.

Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah
Ia menerima Sijil SIRIM ISO 21101:2014 untuk sistem pengurusan keselamatan pelancongan pengembaraan bagi aktiviti berasaskan air dan darat.

Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.

Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.

PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti

Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.