KUALA LUMPUR: Penyerahan kapal tempur pesisir (LCS) pertama kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih kekal dalam garis masa seperti yang diumumkan sebelum ini dan tidak berubah, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Kita berpegang kepada apa yang kita umumkan sebelum ini. Kami semua setuju PAT (Panglima Angkatan Tentera), PTL (Panglima Tentera Laut), Mindef (Kementerian Pertahanan), Boustead, Kementerian Kewangan sehinggalah kepada Kabinet.
"Maka kita punya garis masa daripada dulu lagi pertama untuk meyakinkan pada orang ramai bahawa projek LCS ini mesti diteruskan. Keduanya kita tidak akan melindungi sesiapa yang bersalah jika ada salah guna dan penyelewengan," katanya dalam sidang media selepas melawat Sekolah Kebangsaan Kementah dan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera di Desa Tun Hussein Onn, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media tempatan mengenai kelewatan tarikh penyerahan LCS dalam wawancara khas bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang sempena sambutan Hari ATM yang ke-89, semalam.
Pada Ogos lepas, Mindef diberi masa enam bulan bagi memobilisasikan usaha menghidupkan semula projek itu, dan beliau percaya kapal pertama akan diterima TLDM dalam masa dua tahun lagi.
Sementara itu, Hishammuddin berkata kementeriannya bersiap-siaga menggerakkan aset jika bencana banjir berlaku.
Beliau berkata Mindef dan ATM turut berada dalam jawatankuasa banjir yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Daripada segi persiapan menghadapi bencana itu, pihak saya tiada masalah dan sudah bersiap-siaga. Kita akan kerahkan seberapa ramai anggota ATM malah aset juga sedia digerakkan jika berlaku banjir," katanya.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.
Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, dengan risiko hujan lebat berterusan serta banjir berskala besar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bercakap pada sidang media selepas lawatan beliau di Kem Kementah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.

Rakyat tidak perlu khuatir keupayaan ATM tangani isu di Laut China Selatan - Penganalisis
Rakyat Malaysia tidak perlu khuatir dengan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani konflik sempadan di perairan Laut China Selatan.

KD Pendekar karam: Mindef tunggu laporan penuh - Khaled
Mindef sedang menunggu laporan penuh insiden kapal KD Pendekar milik TLDM yang tenggelam di Tenggara Tanjung Penyusop, di Kota Tinggi semalam.

Perhimpunan LCS: Setiausaha Agung MUDA dibenar rujuk persoalan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012
Mahkamah Persekutuan akan tentukan keabsahan peruntukan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman berkait pertuduhan ke atas Setiausaha Agung Muda.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal tuduhan pecah amanah RM21 juta
Ahmad Ramli gagal dalam permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.

Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, status tersebut merupakan yang terkini dilaporkan pada beliau, iaitu sehingga Mei 2024.

Kapal LCS pertama berjaya diluncurkan ke air
Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama telah berjaya diluncurkan ke permukaan air di Lumut Naval Shipyard (Lunas) pada 23 Mei lalu.

Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.

SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).