KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah RM21.08 juta berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid menolak permohonan Ahmad Ramli, 80, selepas mendapati isu kecergasan mental pemohon untuk dibicarakan dan membela diri (dalam kes dihadapinya) harus disiasat oleh hakim bicara.
"Oleh itu, permohonan pemohon untuk membatalkan ketiga-tiga pertuduhan itu ditolak dan kes dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk hakim bicara membuat penilaian berhubung kecergasan mental pemohon," katanya.
Bekas Panglima Tentera Laut itu menerusi peguamnya memfailkan notis usul pada April lepas untuk membatalkan ketiga-tiga pertuduhan dihadapinya dan memohon agar beliau dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan berkenaan atas alasan adalah tidak adil untuk beliau dibicarakan dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Anak perempuan pemohon, Rinnie Nor Ahmad Ramli, 50, dalam afidavit sokongannya menyatakan bahawa setelah menjalani pemeriksaan perubatan, bapanya telah disahkan mengalami keadaan progressive neurodegenerative dan keadaan ini konsisten dengan moderate mixed dementia (nyanyuk).
Menurut Rinnie, bapanya tidak akan berupaya untuk menumpukan perhatian kepada apa yang berlaku semasa perbicaraan atau soalan-soalan yang mungkin dikemukakan kepadanya selain tidak berupaya untuk mengingati peristiwa-peristiwa atau apa yang telah dibangkitkan semasa perbicaraan.
"Pemohon tidak berupaya untuk memberi arahan-arahan yang tepat dan efektif kepada peguam-peguamnya dan wujud kemungkinan besar kesihatan pemohon akan terjejas akibat perbicaraan," katanya dalam afidavit itu.
Rinnie berkata bapanya juga mempunyai batu-batu hempedu yang menyebabkan beliau sakit abdomen dan disebabkan umurnya, pemohon menghadapi risiko yang besar sekiranya melakukan apa-apa pembedahan untuk membuang pundi hempedu dan batu-batu hempedu berkenaan.
Sementara itu, menerusi afidavit balasan difailkan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa hakim bicara tidak berpeluang untuk mengetahui keadaan kesihatan Ahmad Ramli kerana beliau hanya hadir ke mahkamah sebanyak dua kali iaitu pada 16 Ogos 2022 sewaktu dituduh dan semasa sebutan kes pada 21 Nov 2022, manakala pada tarikh-tarikh lain, peguam telah memohon agar tertuduh dikecualikan kehadirannya di mahkamah.
Prosiding hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Jumaat, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Zander Lim Wai Keong, manakala Ahmad Ramli yang dikecualikan kehadirannya di mahkamah diwakili peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Alex Tan Chie Siam dan Mohd Yunos Shariff.
Mahadi ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata 30 Julai ini ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Sesyen.
Pada 5 Feb lepas, Jabatan Peguam Negara menolak representasi Ahmad Ramli untuk menggugurkan tiga pertuduhan berkenaan.
Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramli sebagai Pengarah Urusan BNS yang diamanahkan dengan penguasaan dana syarikat itu telah melakukan pecah amanah terhadap harta terbabit dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 ke akaun Syarikat Setaria Holding Limited, Standard Chartered Bank, 6 Battery RD, Singapura tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah BNS di tingkat 17, Menara Boustead, Jalan Raja Chulan antara 26 Julai 2010 hingga 25 Mac 2011.
Beliau juga didakwa melakukan pecah amanah dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM1,360,716 ke akaun Syarikat JSD Corporation, The Overseas-Chinese Banking Corporation Limited, Chulia Street, OCBC Centre, Singapura tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah BNS di lokasi sama antara 19 April 2011 hingga 4 Mei 2011.
Bagi pertuduhan ketiga, Ahmad Ramli berdepan dakwaan meluluskan pembayaran berjumlah RM6,182,295 ke akaun Syarikat Sousmarin Armada Ltd, Standard Chartered Bank, 6 Battery Road, Singapura di tempat sama antara 28 Okt 2010 hingga 22 Nov 2010.
Ketiga-tiga pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, hukuman sebat tidak boleh dikenakan terhadap pesalah perempuan dan lelaki yang berusia lebih 50 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024

Ahmad Ramli gagal dalam permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat berkaitan projek pembinaan LCS. - Gambar fail/Bernama
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal tuduhan pecah amanah RM21 juta
Ahmad Ramli gagal dalam permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).