KUALA SELANGOR: Masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah serta bahan terlarang di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus dari Januari hingga Jun tahun ini, berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.
Statistik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan, sebanyak 118,820 orang direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding 93,534 orang pada tahun 2022.
Menurut Ketua Pengarahnya, Sutekno Ahmad Belon, berdasarkan trend, lebih 65 peratus penagih dadah dikesan menggunakan dadah sintetik, dengan kebanyakannya adalah dalam kalangan belia.
"Untuk enam bulan pertama ini pengesanan aktif yang dilakukan oleh AADK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati berbanding tempoh sama tahun lepas, ada peningkatan yang tinggi yang telah kita rekodkan. Ia menjadi usaha AADK untuk memastikan bahawa mereka yang mengalami masalah penagihan dadah dapat dikesan awal untuk diberikan rawatan segera.
"Ini kerana rawatan awal lebih baik untuk mengurangkan masalah penagihan dadah menjadi lebih parah lagi.
"Salah satu daripada masalah yang kita kesan adalah golongan remaja dan belia ramai menagih dadah kerana faktor waktu senggang yang banyak atau tidak ada aktiviti yang dibuat.
"Sebab itu kita lancarkan Sukarelawan SKUAD Antidadah untuk pastikan golongan belia ini ada aktiviti berfaedah yang boleh dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas Program Retreat Bersama Klien dan Malam Apresiasi Media, di sini, pada Rabu malam.
Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan rekod semasa juga, empat negeri yang mencatatkan penyalahgunaan dan penagihan dadah tertinggi berdasarkan nisbah peratusan penduduk ialah Perlis, Kedah, Kelantan, serta Terengganu.
Sehubungan itu, Sutekno menambah, AADK ketika ini sedang menggandakan usaha bagi menurunkan jumlah individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penagihan dadah, daripada 426 orang bagi setiap 100,000 penduduk kepada bawah 400 orang.
"Cara pengiraan kita nak tengok sama ada kadar itu tinggi atau rendah, bagi setiap 100,000 penduduk ada berapa jumlah penagih dadah? Jadi kita sasarkan bagi setiap 100,000 penduduk mesti bawah 400 orang (penagih).
"Pada tahun lepas berdasarkan rekod kita bagi setiap 100,000 penduduk, ada 426 orang penagih dadah. Jadi kita nak turunkan ke bawah 400 orang menjelang tahun 2025," ujarnya lagi.
Sementara itu, Sutekno berkata trend penyalahgunaan dadah pada 2022 adalah melibatkan jenis methamphetamine, heroin serta ganja, dengan tiga sumber bekalan tertinggi dikesan diperolehi daripada tokan, kawan dan saudara.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan kadar pemulihan klien AADK pada tahun lalu kekal 71 peratus daripada setiap 100 klien yang mendapatkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan.
Selain itu, ujar Sutekno pihaknya menyasarkan sejuta belia menyertai Sukarelawan SKUAD Antidadah menjelang pertengahan tahun 2024.
"Kita baru lancarkan secara agresif pada tahun ini, sekarang seramai 120,000 belia telah menyertai Sukarelawan SKUAD Antidadah," kata beliau.
Hasimi Muhamad
Wed Sep 20 2023

Sutekno memberi taklimat pada Program Retreat Bersama Klien dan Malam Apresiasi Media yang diadakan di Kuala Selangor pada Rabu malam. - Gambar Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Penyalahgunaan, penagihan dadah meningkat 27 peratus dari Jan-Jun 2023
Berdasarkan trend, lebih 65 peratus penagih dadah dikesan menggunakan dadah sintetik, dengan kebanyakannya adalah dalam kalangan belia.