PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memulakan siasatan berhubung insiden pelepasan efluen terlarang ke alur air yang dipercayai mengakibatkan pencemaran bau di Negeri Sembilan dan Selangor, Khamis dan Jumaat lepas.
SPAN dalam kenyataan hari ini berkata siasatan itu termasuk mengadakan lawatan tapak ke kawasan perindustrian berhampiran oleh SPAN dan agensi penguatkuasaan yang lain, selain menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti bahan serta pelaku.
Menurut suruhanjaya itu, insiden tersebut disiasat di bawah Seksyen 121 (1)(c) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) iaitu berkaitan pencemaran terhadap alur air atau sistem bekalan air yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali sekiranya pelaku didapati bersalah.
"SPAN ingin mengingatkan semua pihak agar cakna tentang keperluan memelihara sumber air dan memandang serius situasi pelepasan efluen ke alur air terutama melibatkan efluen terlarang sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
"Perbuatan tidak bertanggungjawab ini jika tidak dihentikan bakal mengakibatkan masalah berterusan kepada kemaslahatan masyarakat serta ekonomi secara amnya," katanya.
Semalam, media melaporkan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas sementara susulan pencemaran bau sehingga empat ton yang dikesan di muka sauk Jenderam Hilir, Dengkil, dekat sini, masing-masing pada pukul 11 malam Khamis lepas dan 2 pagi semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian dilapor berkata kedua-duanya bagaimanapun kembali beroperasi masing-masing pada pukul 1.30 pagi dan 8 pagi semalam.
Menurut Hee, Lembaga Urus Air Selangor telah menerima maklumat daripada Jabatan Alam Sekitar Selangor berhubung pencemaran sungai berbuih dan bau seakan sabun di lokasi Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan yang disyaki berpunca daripada pelepasan premis kilang di kawasan perindustrian berdekatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022

Siasatan SPAN itu termasuk mengadakan lawatan tapak ke kawasan perindustrian berhampiran oleh SPAN dan agensi penguatkuasaan yang lain. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Pencemaran bau: Dua kilang di Nibong Tebal diarah henti operasi serta-merta
MBSP mendapati kilang terbabit masih beroperasi hingga secara berterusan menyebabkan gangguan kepada penduduk.

Pencemaran bau: Lima suspek termasuk pengarah dihadap ke mahkamah
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara bagi tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun.

Kebakaran kilang sebabkan pencemaran Sungai Rinting
JAS jalankan siasatan selepas terima aduan mengenai bangkai ikan ditemui terapung di permukaan dan bau air tercemar di Sungai Rinting semalam.

Pencemaran bau: 47 individu alami gejala setakat semalam
Daripada jumlah itu, sebanyak 10 orang mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.

Kerja pembersihan dua lokasi tercemar bermula hingga 22 September - Exco
Kerja pembersihan sisa bahan terjadual itu akan dibuat di dua lokasi iaitu Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika.

Pencemaran bau: Jawatankuasa Pengurusan Bencana laksana pembersihan sisa kimia
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata lokasi tersebut ialah di Taman Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Desa Tropika.

Pencemaran bau: KKM sedia bantu individu terkesan
Menurut Dr Dzulkefly, isu pencemaran bau di sekitar sungai di Johor dipantau pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau
SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah ditutup hari ini akibat pencemaran bau.

27 murid alami pening, muntah akibat pencemaran bau
Seramai 27 pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya mengalami gejala pening dan muntah dipercayai akibat pencemaran bau di Kampung Maju Jaya dan Kampung Tawakal hari ini.

Bahan kimia dibuang di tebing anak Sungai Plentong
Kerajaan negeri dan pihak berkuasa mengecam tindakan pihak yang mengambil jalan pintas untuk melupuskan sisa kimia secara haram.