KUALA LUMPUR: Sebagai usaha melestarikan alam sekitar, sekumpulan penuntut tahun akhir Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghasilkan rekaan pakaian menggunakan tekstil daripada bahan dan bahantara semula jadi sepenuhnya.
Hampir 100 koleksi karya seni reka tekstil hasil buatan tangan yang menggunakan teknik batik lukis, batik retakan, ikat celup dan shibori dihasilkan 27 penuntut Sarjana Muda Seni Reka Tekstil universiti itu dipamerkan di Dyeco: Eksplorasi Eko Tekstil Pewarna Alami di Muzium Tekstil Negara di sini bermula semalam hingga 23 Feb ini.
Antara menarik perhatian, rekaan kimono oleh pereka Muhamad Faiz Zahurin, 24, menggunakan ubi keledek ungu bagi menghasilkan ekstrak berwarna ungu gelap yang mewarnai tekstil karyanya melalui teknik canting batik dan shibori (teknik ikat celup tradisional Jepun).
Beliau yang mengambil masa antara dua minggu hingga sebulan untuk menghasilkan pewarna pakaian itu berkata antara cabaran menghasilkan bahan alami itu adalah dengan memastikan suhu persekitaran sesuai bertujuan mendapatkan ton warna diinginkan.
"Bahan pewarna bertindak balas dengan persekitaran, ton warna berbeza akan dihasilkan bergantung kepada suhu, jika panas ia jadi lebih terang sebaliknya pewarna jadi gelap apabila suhu persekitaran lebih sejuk," katanya kepada Bernama.
Muhamad Faiz yang dipilih sebagai pelajar berprestasi keseluruhan terbaik bagi program berkenaan berkata ubi keledek ungu dipilih berikutan tidak ramai yang menggunakannya sebagai sumber pewarna asli memandangkan tanaman itu biasanya diimport dan jarang ditanam di Malaysia.
Nuranisa Ag Anak, 24, yang dinobatkan sebagai pereka terbaik program itu pula memilih kacang hitam dan bunga telang sebagai bahan utama dalam menghasilkan pewarna tekstil rekaannya.
"Saya juga menggunakan krim tartar sebagai bahan campuran atau mordant (pengikat warna) sebagai pengganti bahan sintetik sodium silicate," katanya yang menggunakan kaedah cuba jaya dalam menghasilkan pewarna alami itu.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Seni Reka Tekstil Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Juita Jaafar Manap berkata program itu antara lain bertujuan menggalakkan dan mendedahkan pereka muda menghasilkan karya yang lebih lestari demi kelangsungan alam sekitar.
"Sebenarnya pewarna alami sudah dihasilkan dan diguna pakai sejak zaman nenek moyang kita lagi, jadi kita mahu menggalakkan amalan itu semula dalam mengurangkan bahan kimia dan sintetik yang berbahaya kepada ekologi alam," katanya.
Juita berkata penggunaan bahan semula jadi juga akan memudahkan pengurusan sisa tekstil yang mampu mengurangkan kadar pencemaran alam khususnya pencemaran air yang sering dikaitkan dengan industri pencelup dan tekstil.
Beliau berkata pihaknya juga sedang mengkaji kaedah menambah baik formula pewarna menggunakan bahan asli itu terutama dari segi aspek ketahanan warna yang merupakan kelemahannya berbanding pewarna sintetik agar berpotensi untuk dikomersialkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023
Pengunjung merasai sendiri kualiti tekstil yang dihasilkan penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarjana Muda Seni Reka Tekstil di Muzium Tekstil Negara, baru-baru ini. -Bernama
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam
Mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu mengalami kecederaan serius di kepala dan patah kaki.
Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir
Seramai 1,083 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk Kelantan, Terengganu dan Johor terkesan akibat banjir pada penghujung Nov lepas.
Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan
Pengurusan UiTM memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk melakukan siasatan lanjut.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut
Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam ini.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
UiTM sedia bantu kerajaan bangun ekosistem perkasa STEM
Bagi memastikan aspirasi itu direalisasikan, aspek inovasi dan penyelidikan perlu diberikan tumpuan.
UiTM komited transformasi pendidikan awal kanak-kanak
Sejak kebelakangan ini, pendidikan awal buat kanak-kanak sering menjadi topik perbincangan, bukan hanya melibatkan ibu bapa tetapi juga pakar-pakar.
UiTM berperanan majukan orang Melayu, bumiputera sehingga dapat berdiri sendiri - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peranan yang dimainkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam memajukan pendidikan orang Melayu dan bumiputera telah membolehkan mereka berdikari.