Seorang penunggang maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum jatuh terhumban ke dalam semak di KM60.5 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu telah mengakibatkan, pekerja swasta, Edward Anak Richard Mawan, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Kluang menuju ke Jalan Mersing.
"Setibanya di tempat kejadian mangsa telah terbabas ke bahu jalan sebelah kanan menuju ke Jalan Mersing lalu melanggar pokok dan terus terhumban ke dalam semak.
"Kejadian disedari oleh awam yang melalui kawasan berkenaan. Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom Kluang untuk dibedah siasat," katanya kepada Sinar Harian.
Mohamad berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lokasi tersebut merupakan jalan lurus dan kes tersebut masih dalam siasatan.
Katanya, kes akan disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sinar Harian
Sun Jun 24 2018
Seorang penunggang maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum jatuh terhumban ke dalam semak di KM60.5 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, pagi tadi. Foto: Sinar Harian
Pembunuhan Hassan Nasrallah, tindakan biadab rejim Israel
Malaysia menyifatkan pembunuhan kejam pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah, sebagai satu tindakan biadab rejim Israel.
Hannah harap kejayaan Para SUKMA 2024 jadi inspirasi daftar anak OKU
Menurut rekod, hanya 700,000 kad OKU dikeluarkan setakat ini sedangkan dianggarkan lebih empat juta OKU masih belum berdaftar.
Gema suara Malaysia sampaikan isu di pentas dunia
Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melantik seorang Wakil Khas bagi memerangai Islamofobia.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menyeru tindakan segera di peringkat global terhadap peningkatan gelombang ucapan kebencian dan keganasan yang menyasarkan golongan minoriti, terutamanya melibatkan umat Islam.

Hubungan Malaysia-Mesir diperkukuh sejak tahun-tahun kebelakangan ini - Menteri Luar Mesir
Abdel Aati menyatakan harapan agar hubungan dua hala antara kedua-dua negara akan terus berkembang dan memupuk kerjasama yang lebih erat.
Suara Malaysia merentasi pelbagai isu di pentas badan dunia
Bersama wartawan Astro AWANI yang berada di New York bagi membawakan laporan berkenaan UNGA ke-79.
UNGA 79: Malaysia cadang PBB lantik Wakil Khas tangani isu Islamofobia
Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melantik seorang Wakil Khas bagi memerangai Islamofobia.
Tingkatkan penglibatan negara Selatan Global dalam agenda dunia
Malaysia menyeru ke arah meningkatkan penglibatan negara Selatan Global (Global South) dalam tadbir urus global, pembiayaan Pembangunan dan tindakan iklim. Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, suara negara-negara membangun tidak boleh lagi diabaikan.
UNGA 79: Isu Laut China Selatan jadi fokus Malaysia
Malaysia bersedia mempengerusikan ASEAN pada 2025 dan komited mengukuhkan peranan blok serantau dalam memacu masa depan rantau Asia Pasifik dengan daya tahan, keterangkuman dan mengekalkan keamanan serantau di tengah-tengah ketidaktentuan global.
ASEAN: Malaysia komited perkukuh peranan blok serantau
Malaysia bersedia mempengerusikan ASEAN pada 2025 dan komited mengukuhkan peranan blok serantau dalam memacu masa depan rantau Asia Pasifik dengan daya tahan, keterangkuman dan mengekalkan keamanan serantau di tengah-tengah ketidaktentuan global.
[TERKINI] UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas, tangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
Penunggang motosikal maut terbabas dalam semak
Seorang penunggang maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum jatuh terhumban ke dalam semak di KM60.5 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, pagi tadi.
Pembuli OKU positif dadah
Dua suspek buli dan curi seorang remaja orang kurang upaya (OKU) dalam kejadian di padang permainan Taman Sri Kluang, petang semalam disahkan positif dadah jenis methamphetamine.