MELAKA: Penularan COVID-19 yang berlaku lebih tiga tahun lepas menyebabkan kebanyakan pesakit kanser sukar mendapatkan saringan, sekali gus menyebabkan mereka gagal mengesan penyakit dihidapi pada peringkat awal.
Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr M. Murallitharan berkata situasi itu berlaku ekoran pelbagai faktor termasuk kekangan untuk mendapatkan saringan dan rawatan di hospital dalam tempoh berkenaan.
Beliau berkata kebanyakan pesakit merupakan mereka yang menghidap kanser payudara khususnya golongan wanita selain kanser usus besar dalam kalangan lelaki dan wanita.
"Sejak penularan COVID-19, kita dapat melihat penjejasan ketara dari aspek pengesanan awal kanser dalam kalangan rakyat di negara ini berbanding sebelum COVID-19.
"Sebagai contoh, kira-kira 90 peratus pesakit kanser yang saya rawati atau jumpa telah berada pada tahap tiga atau empat dan situasi ini amat membimbangkan," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Klip Video Lagu ''Saya Anak Malaysia" bersama Pemandiri Kanser NCSM di sini pada Rabu.
Turut hadir, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin dan penulis lirik yang juga penyanyi lagu "Saya Anak Malaysia" Dr Sam Rasputin.
Murallitharan berkata jumlah pesakit kanser yang lewat mengesan barah dihidapi mereka dijangka meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang dan usaha proaktif perlu dilaksanakan bagi memberikan akses saringan awal kepada rakyat di negara ini di pelbagai peringkat antaranya komuniti dan agensi kerajaan.
Beliau berkata justeru, NCSM giat melaksanakan program saringan awal untuk rakyat terutama di kawasan pedalaman selain menganjurkan lebih banyak program kesedaran berkaitan kanser dan saringan awal agar penyakit berkenaan dapat dirawat di peringkat awal.
Katanya, pesakit kanser usus besar juga dilihat agak meningkat sejak kebelakangan ini terutama melibatkan individu lelaki seawal usia 40-an berbanding 50-an sebelum ini.
Terdahulu, beliau berkata klip video lagu "Saya Anak Malaysia" berdurasi 3.48 minit yang dihasilkan selama tiga minggu itu melibatkan penyertaan lebih 60 sukarelawan dan pemandiri kanser dari Melaka, Kuala Lumpur, Kedah dan Perak.
Murallitharan berkata klip video lagu berkenaan dibuat bersempena dengan Hari Kebangsaan dan bertujuan menyuntik semangat dalam kalangan pemandiri atau pesakit kanser di negara ini agar bersatu menentang kanser yang dihidapi mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023

M. Murallitharan berkata situasi itu berlaku ekoran pelbagai faktor termasuk kekangan untuk mendapatkan saringan dan rawatan di hospital dalam tempoh berkenaan. - Foto fail/REUTERS
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Clean Thaipusam perluas usaha, pastikan perayaan bebas sampah
Melibatkan 500 sukarelawan di seluruh negara, kempen itu menumpukan pada pengurusan sisa, kutipan buah-buahan dan kitar semula di lima tapak kuil utama.

APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.

Kebakaran Los Angeles: Jennifer Garner jadi sukarelawan, sedih hilang rakan, lihat kemusnahan
AKTRES Jennifer Garner melahirkan rasa dukacita dan bersedih melihat bencana kebakaran hutan di Los Angeles yang turut mengorban sahabatnya dan memusnahkan ribuan kediaman penduduk.

Kementerian Perpaduan Negara aktifkan Skuad Ihsan MADANI
Skuad Ihsan MADANI adalah bukti komitmen kementeriannya dalam memupuk semangat kesukarelawanan, solidariti dan empati masyarakat.

Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.

Sukma 2024 tarik hampir 3,000 sekarelawan, majoriti golongan muda
Kesemua sukarelawan telah didedahkan dengan pelbagai latihan serta kemahiran khususnya dalam memberi bantuan kecemasan sepanjang temasya itu nanti.

Sukarelawan Bahasa Inggeris Singapura tidak jejas pengambilan, penempatan guru tempatan - KPM
Cadangan tersebut sedang diteliti, terutama dari sudut pelaksanaan di institusi pendidikan KPM bagi memastikan ia selari dengan dasar serta peraturan sedia ada.

NGO perlu berunding dengan Wisma Putra sebelum hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Mana-mana pihak khususnya NGO termasuk Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia diminta berunding terlebih dahulu dengan Wisma Putra sebelum menghantar sukarelawan ke Gaza.

100 sukarelawan YBR gotong-royong bersihkan Zoo Melaka
Aktiviti kesukarelawanan itu juga melibatkan pembersihan kandang dan pemberian makan kepada haiwan dan membaik pulih taman permainan.

Raja Permaisuri Agong akan terus terlibat dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor
Raja Zarith Sofiah bertitah baginda akan terus terlibat secara langsung dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) walaupun kini berperanan sebagai Raja Permaisuri Agong.