AKTRES Jennifer Garner melahirkan rasa dukacita dan bersedih melihat bencana kebakaran hutan di Los Angeles yang turut mengorban sahabat dan memusnahkan ribuan kediaman penduduk di Palisades dan Eaton.

Bekas isteri Ben Affleck yang kini turut menjadi sukarelawan itu mengatakan sangat terkesan dengan kehilangan rakannya.

“Saya kehilangan rakan dan juga gereja kami. Saya tidak rasa ini waktu yang baik untuk bercakap tentangnya.

“Rakan saya maut. Dia tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya seperti dilaporkan People.

Sebelum dan selepas kemusnahan di Pacific Palisades

Rasa sedih lihat kediaman sendiri

Garner, 52, yang menjadi sukarelawan bersama World Central Kitchen's Chef José Andrés juga mengaku rasa 'bersalah' sewaktu melihat kediamannya di yang tidak terjejas kerana terletak di kawasan lain yang berhampiran.

“Saya rasa seperti bersalah saat melihat kediaman sendiri (yang tidak terjejas). Saya memikirkan tentang 100 keluarga dengan lebih 5,000 kediaman musnah.

“(Jadi) Saya terfikir apa yang saya boleh bantu dan jenis bantuan bagaimana yang boleh mengubat hati mereka?” katanya lagi.

Dianggarkan 180,000 penduduk terpaksa berbindah dengan 200,000 lain diberi amaran untuk berpindah.

Kebakaran terburuk dalam sejarah Los Angeles itu telah mengorbankan 11 nyawa setakat ini. - Gempak