MELAKA: Penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah terkawal dan semua pelajar yang dijangkiti diuruskan sebaiknya serta dikuarantin mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor Prof Dr Ghazali Omar berkata, setakat hari ini jumlah pelajar dijangkiti tidak sampai 20 orang dan mereka berada pada tahap Kategori Satu dan Dua dengan hanya mengalami simptom demam dan batuk.
"Kita telah mengikuti langkah-langkah dan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dari segi pengasingan dan kuarantin pelajar yang dijangkiti, memberikan sokongan moral serta memastikan bekalan makanan untuk pelajar terlibat sentiasa ada.
Semua pelajar tersebut dikuarantin di dalam kawasan UTeM dan kita juga memantau tahap kesihatan pelajar yang dijangkiti dari semasa ke semasa sehingga mereka benar-benar sihat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan 16 pemain industri di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata dakwaan bahawa UTeM melaksanakan sekatan pergerakan di asrama pelajar seperti yang tular di WhatsApp, adalah tidak benar dan perkara itu dipercayai dilakukan pihak yang tidak mendapat maklumat tepat berkaitan jangkitan yang berlaku.
Terdahulu beliau berkata MoU yang dijalin bersama 16 pemain industri dari dalam dan luar Melaka itu adalah bagi memastikan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang ditawarkan di UTeM dapat dilaksanakan secara lebih efektif.
Beliau berkata menerusi MoU berkenaan, pelajar akan menjalani latihan industri selama setahun di syarikat atau industri terbabit sebagai pendedahan dan persediaan awal kepada mereka sebelum mula bekerja.
"Kita tidak mahu pelajar UTeM apabila masuk ke alam pekerjaan atau industri nanti, mereka tercengang-cengang dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, terutama apabila berdepan dengan aspek teknikal yang ada.
Menerusi latihan industri, pelajar tidak perlu lagi menjalani latihan komprehensif, sebaliknya mereka telah bersedia melangkah ke alam industri sekali gus menjadikan pelajar UTeM mempunyai kebolehpasaran dan meningkatkan kadar mereka diterima bekerja," katanya.
Katanya, antara skop kerjasama UTeM dengan pihak industri termasuk melaksanakan pemindahan pengetahuan serta kemahiran untuk peningkatan kemahiran tenaga pengajar fakulti dan warga industri, guna sama peralatan serta kemudahan penyelidikan dan kolaborasi melalui inisiatif projek serta pembangunan teknologi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 03 2022
Setakat hari ini, jumlah pelajar dijangkiti tidak sampai 20 orang dan mereka berada pada tahap Kategori Satu dan Dua.
Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran
Beliau menekankan kepentingan untuk menunjukkan semangat juang di gelanggang, kerana ia lebih penting daripada segala-galanya.
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan sejahtera dan bebas daripada sebarang pendedahan kepada risiko pengabaian atau penderaan. Oleh itu adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi mereka. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.
Melaka umum dua bantuan khas kewangan minimum RM 2,600
Penjawat awam Negeri Melaka akan menerima dua bantuan khas kewangan bagi menghargai khidmat mereka sepanjang 2024.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
Penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar UTeM terkawal
Setakat hari ini, jumlah pelajar dijangkiti tidak sampai 20 orang dan mereka berada pada tahap Kategori Satu dan Dua.
Mahasiswa UTeM menang pingat emas cipta dron pada WICO 2021
Produk tersebut dibangunkan dengan kos efektif dan berkeupayaan dikomersialkan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
UTeM sasar kutip RM5 juta jual nombor plat eksklusif
Lima kategori nombor kenderaan eksklusif iaitu bronze, silver, gold, diamond dan platinum akan dibuka untuk bidaan bermula pada harga RM450 hingga RM30,000.
Geran RM2 juta untuk penyelidikan, pengkomersilan UTeM
Daripada jumlah itu, RM400,000 diperuntukkan bagi tujuan pengkomersilan produk atau inovasi yang dihasilkan dalam kalangan pelajar dan pensyarah UTeM.
UTeM tidak kompromi isu plagiat, integriti akademik warganya
Sebarang salah laku akademik berkaitan integriti dalam warga universiti akan diambil tindakan mengikut Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.
Audit tegur pengurusan perolehan UTeM tidak cekap
Perkara itu berdasarkan empat perolehan secara tender bernilai RM2.65 juta dan enam perolehan secara sebut harga bernilai RM2.16 juta yang tidak dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Harga.
Pelajar IPT diminta waspada budaya kebencian pembangkang
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pembangkang sentiasa memburuk-burukkan apa yang dilakukan kerajaan, oleh itu, pelajar perlulah bijak menilai janji-janji mereka.
Pasangan pensyarah UTeM bebas dari tahanan reman SPRM
Sepasang suami isteri yang merupakan pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang sebelum ini direman lima hari oleh SPRM dibebaskan.
I-Sajadah bantu kiraan rakaat dalam solat
I-Sajadah direka bukan sahaja untuk membantu masalah kiraan rakaat tetapi juga membantu memberi kualiti pada solat.