MELAKA:Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyasarkan kutipan RM5 juta menerusi penjualan nombor pendaftaran kenderaan eksklusif UTeM secara bidaan dalam tempoh tiga tahun, bermula hari ini.
Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Raha Abdul Rahim berkata lima kategori nombor kenderaan eksklusif iaitu ‘bronze, silver, gold, diamond’ dan platinum akan dibuka untuk bidaan bermula pada harga RM450 hingga RM30,000.
Beliau berkata bidaan fasa pertama akan melibatkan kategori ‘bronze’ dan ‘silver’ bermula pada pukul 12 tengah hari Rabu dan berakhir pada 12 tengah hari, 14 Dis depan.
"Jabatan Pengangkutan Jalan telah meluluskan nombor pendaftaran 1 hingga 9999 dan akronim UTEM adalah sepenuhnya berhuruf besar.
"Rebat RM100 akan diberikan kepada kakitangan, pelajar, alumni dan pesara UTeM yang berjaya dalam bidaan nombor pendaftaran itu dan rebat itu hanya layak untuk satu nombor bagi setiap orang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakluman Pembukaan Bidaan Nombor Plat Eksklusif UTeM di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Raha berkata proses penjualan nombor pendaftaran kenderaan itu dilakukan menerusi sistem ebida.utem.edu.my yang dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman universiti itu.
Beliau berkata penjualan nombor plat kenderaan itu bertujuan menjana pendapatan UTeM di samping mengurangkan beban kewangan universiti itu, khususnya menambah peruntukan dana atau geran penyelidikan dan pembangunan.
Katanya selain itu, inisiatif berkenaan merupakan salah satu medium untuk mempromosikan UTeM dan menaikkan imej universiti di pelbagai peringkat masyarakat.
"Nombor pendaftaran kenderaan eksklusif ini juga merupakan nilai sentimental kepada warga UTeM yang telah bersama universiti ini dalam keadaan susah dan senang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 08 2020

Raha menunjukkan contoh nombor pendaftaran kenderaan eksklusif UTeM yang akan dibuka untuk bidaan bermula Rabu, pada Majlis Pemakluman Pembukaan Bidaan Nombor Plat Eksklusif UTeM, 8 Dis, 2020. --fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bangkit tebus kegagalan untuk genggam ijazah teknousahawanan
Nurin Aris tidak sia-siakan peluang kedua yang diberikan kepadanya.