MELAKA: Gagal pengajian pada peringkat asasi kejuruteraan di sebuah universiti terkemuka di ibu negara bukan noktah buat Nurin Aris, 24, untuk menggenggam segulung ijazah sekali gus dinobat sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen ke-16 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini.
Nurin yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknousahawanan dengan kepujian dan memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.82 berkata peluang kedua yang diberikan UTeM untuk beliau melanjutkan pengajian dalam bidang teknousahawan tidak disia-siakannya.
"Saya pernah gagal dalam pengajian ketika di peringkat asasi apabila memperoleh CGPA di bawah 3.0 sehingga menyukarkan saya melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di universiti sama.
"Tapi alhamdulillah UTeM memberi saya peluang untuk menceburi bidang baharu dan saya berjaya membuktikan bahawa saya boleh bangkit setelah gagal dalam pengajian di peringkat asasi," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi pertama Majlis Konvokesyen ke-16 UTeM di sini hari ini.
Anak sulung daripada tiga adik-beradik itu berkata ibu Nor Azmah Othman, 51, dan bapanya Aris Tusimin, 51, merupakan insan yang banyak memberi semangat dan berkorban wang ringgit untuknya bangkit daripada kegagalan lepas dan beliau kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Sains Pengurusan Teknologi di UTeM selama dua tahun lagi.
Anak kelahiran Banting, Selangor itu berkata menerusi jurusan teknousahawanan yang diikuti, beliau turut dibimbing untuk menceburi bidang keusahawanan dan kini dalam proses membuka perniagaan tudung dalam masa terdekat.
Mengulas kegagalannya sebelum ini, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam itu berkata beliau gagal melihat potensi sebenar diri sendiri dan pemikirannya tidak terbuka untuk menyambung pengajian dalam bidang lain selain sains.
"Saya lahir dalam keluarga belajar dalam aliran sains dan saya sendiri merupakan pelajar Sains Tulen dari Sekolah Menengah Sains Seri Puteri namun UTeM berjaya merubah pemikiran saya," katanya yang memulakan pengajiannya di UTeM pada 2016.
Sementara itu, seorang lagi penerima Anugerah Pelajaran Diraja Chuan Chuan You, 24, berkata pengalaman menyertai pelbagai pertandingan reka cipta di dalam dan luar negara banyak membantunya sepanjang pengajiannya di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).
Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengurusan Pangkalan Data) dengan kepujian CGPA 3.89 itu berkata fokus pada setiap tugasan yang diberikan pensyarah merupakan kunci utama kejayaan yang diperolehnya.
"Pensyarah juga banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada saya sekiranya berdepan dengan subjek atau kesukaran dalam pengajian dan terima kasih saya ucapkan kepada mereka," kata anak kelahiran Johor Bahru, Johor yang kini bekerja sebagai 'mobile application developer' di sebuah syarikat pembangunan sistem sumber manusia.
Terdahulu, kedua-dua pelajar berkenaan menerima Anugerah Pelajaran Diraja yang disampaikan Canselor UTeM yang juga Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Majlis konvokesyen yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini membabitkan 2,979 graduan daripada peringkat diploma, sarjana muda, sarjana, ijazah doktor falsafah (PhD) dan ijazah doktor kejuruteraan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Nurin Aris, 24, (tengah) bersama ibunya Nor Azmah Othman, dan bapanya, Aris Tusimin, pada Majlis Konvokesyen ke-16 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini. - Bernama
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
AWANI Ringkas: Korban konflik Israel-Palestin terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prospek dan cabaran ekonomi Malaysia separuh kedua 2024
Kerajaan optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada pada kedudukan yang baik dan akan berkembang pada kadar unjuran rasmi antara 4.0 peratus dengan 5.0 peratus bagi 2024, didorong pertumbuhan suku pertama yang lebih tinggi daripada jangkaan. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh enam bulan lalu dan apakah yang akan menjadi perhatian di kalangan pelabur untuk prestasi separuh tahun kedua 2024?
Prestasi FBMKLCI: Unjuran enam bulan akan datang
Setakat 31 Mei 2024, Indeks Komposit FBMKLCI ditutup pada 1,596.68 mata, mencatatkan peningkatan kukuh sebanyak 1.3% dari bulan ke bulan. Ini merupakan kenaikan mengagumkan sebanyak 9.3% dari awal tahun. Indeks ini menunjukkan prestasi yang kuat dengan mencapai tahap signifikan 1,600
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
Bangkit tebus kegagalan untuk genggam ijazah teknousahawanan
Nurin Aris tidak sia-siakan peluang kedua yang diberikan kepadanya.