Pengurusan perolehan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) didapati belum mencapai kecekapan optimum berikutan wujud penyimpangan dalam peraturan kewangan termasuk prosedur pembayaran kerja yang berpotensi ke arah "improper payment" (pembayaran tidak wajar).
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, perkara itu berdasarkan empat perolehan secara tender bernilai RM2.65 juta dan enam perolehan secara sebut harga bernilai RM2.16 juta yang tidak dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Harga.
Berdasarkan Laporan Penilaian Tender dan Sebut Harga, jawatankuasa berkenaan tidak bersidang kerana kekangan masa anggotanya, menyebabkan harga terbaik tidak dapat dinilai.
Perolehan UTeM adalah melalui kaedah pembelian terus, sebut harga, tender dan rundingan terus dan semua urusan pembayaran dibuat oleh Pejabat Bendahari.
Analisis Audit yang memfokuskan pada perolehan melalui sebut harga, tender dan rundingan terus bagi tempoh 2013 hingga Jun 2017 itu turut menyatakan berlakunya penurunan prestasi perbelanjaan berbanding peruntukan antara 24.5 dan 41 peratus yang disebabkan antaranya peruntukan pembangunan tidak dibelanjakan pada tahun semasa dan dibawa ke tahun depan.
Laporan itu juga mendedahkan dua jenis perkhidmatan pada 2016 iaitu Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap dan Pembersihan Kawasan serta Perkhidmatan Sistem Pendingin Hawa dan Ventilasi masing-masing bernilai RM2.16 juta dan RM1.45 juta tidak diperoleh melalui dua tender sebaliknya dipecahkan kepada 10 sebut harga.
Perkara itu menyalahi Perenggan 3.5 Surat Pekeliling Kewangan UTeM Bilangan 7 tahun 2016 yang menetapkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) tidak memecahkecilkan jumlah perolehan untuk bekalan, perkhidmatan atau kerja, bagi mengelak pelawaan sebut harga di PTJ dan sebut harga atau tender universiti.
Tindakan memecahkecilkan dua perkhidmatan berkenaan tidak mendapat kelulusan Lembaga Perolehan A Kementerian/Agensi yang boleh mendedahkan UTeM kepada risiko tidak mendapat harga kompetitif daripada perolehan yang dilakukan.
Selain itu, terdapat tiga projek pembinaan iaitu permatang pelajar, bangunan pejabat keselamatan dan depoh kenderaan bernilai keseluruhan RM2.92 juta yang tidak disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.
Menurut laporan itu, projek pertama tidak disiapkan sepenuhnya pada tarikh sepatutnya siap iaitu 1 Ogos 2017 manakala projek kedua dan ketiga masing-masing telah diputuskan sebagai projek sakit dan lewat siap selama 87 hari dari tarikh sepatutnya siap.
Kelemahan lain ialah wujudnya 19 dokumen kontrak bernilai RM14.85 juta yang ditandatangani naib canselor dan bendahari UTeM tanpa diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah Universiti serta lima perolehan secara sebut harga RM1.93 juta yang tidak disediakan kontrak formal.
Turut dikesan ialah satu bon pelaksanaan projek pembinaan yang tidak dapat dituntut UTeM kerana telah tamat tempoh serta RM82,348 yang telah dibayar tetapi kerja tidak siap sepenuhnya yang membawa kepada pembayaran tidak wajar.
Bagi mempertingkat kecekapan dalam pengurusan perolehan, Audit mengesyorkan agar UTeM memastikan pegawai perolehan, kewangan dan pembangunannya menjalankan pemantauan rapi bagi mengelakkan sebarang penurunan prestasi.
Laporan itu juga mengesyorkan agar Unit Audit Dalaman UTeM menjalankan pemeriksaan berterusan terhadap perolehan dan memastikan setiap peraturan berkaitan dipatuhi selain mahu penasihat undang-undang UTeM memainkan peranan mereka memberi nasihat berhubung hal-hal pengurusan dan pentadbiran kontrak.
UTeM juga disyorkan mengkaji semula syarat dalam Perenggan 9.2 dokumen sebut harga perkhidmatan Penyenggaraan Landskap dan Pembersihan Kawasan yang menetapkan bayaran penuh dibuat berdasarkan prestasi kerja yang telah mencapai 60 peratus pelaksanaannya. -- Bernama
Bernama
Mon Aug 06 2018

Antara kelemahan lain ialah wujudnya 19 dokumen kontrak bernilai RM14.85 juta yang ditandatangani naib canselor dan bendahari UTeM tanpa diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah Universiti.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

SPRM tahan dua individu disyaki kemuka tuntutan bayaran palsu bernilai RM100,000
Sumber SPRM berkata kedua-dua mereka, seorang wanita dan seorang lelaki lingkungan 30-an ditahan pada 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Imigresen Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokuman permit masuk
Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula Rabu hingga semalam.

Maqis Kelantan gagalkan cubaan seludup 17 baka ayam gajah dari Thailand
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup ayam hidup menggunakan perahu di Pengkalan Haram Tanjung, Pengkalan Kubor.

Jangan lupa dokumen ini untuk terima bantuan awal persekolahan
Berikut beberapa panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum mengambil wang bantuan di sekolah anak masing-masing.

Dokumen kes Rosmah tular, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah buat laporan polis
Laporan itu mendakwa dokumen berkenaan adalah kertas keputusan penghakiman kes rasuah Rosmah, membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

PasLeak: "Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak" - PM Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dokumen itu masih belum dipastikan kesahihannya.

Laporan risikan: UMNO Kelantan desak Pas beri penjelasan, buat laporan polis
Badan Perhubungan UMNO Kelantan memohon penjelasan dari Pas berhubung isu pendedahan dari beberapa dokumen tular yang dikatakan tercatat di dalam Laporan Political Engagement Pas Pusat.

Dokumen laporan impak 'Banjir 2021' dikeluarkan minggu hadapan
Dokumen itu dijangka akan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

'Kerenah birokrasi sangat teruk'
Keperluan dokumen seperti laporan polis dan gambar banjir sangat menyusahkan mangsa yang ketika ini bertungkus lumus membersihkan rumah.

Mesyuarat Khas Parlimen: Kerajaan putuskan tidak nasihat Agong untuk isytihar darurat baharu
Kerajaan juga bersetuju untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat sebelum ini.