KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah universiti awam terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan lelaki itu dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar kanabis seberat 1.27 kilogram (kg), tiga tahun lepas.
Tertuduh, T.S.Gabriel Samson, 35, turut dilepas dan dibebaskan daripada satu pertuduhan lain itu memiliki 3.05 gram ekstasi, pada tarikh, masa dan lokasi sama.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
“Mahkamah mendapati dadah berkenaan bukan dalam milikan tertuduh seorang tetapi milik individu lain. Semasa disoal siasat saksi pendakwaan ketiga yang merupakan anggota polis, lelaki berkenaan memberitahu di mana dadah itu disimpan.
“Jika lelaki itu dipanggil (untuk memberi keterangan), dia boleh menjelaskan berkenaan isu dadah yang dijumpai kepunyaan siapa, samada tertuduh terlibat dengan pengedaran tersebut atau tidak. Saya juga mendapati lelaki itu mempunyai akses terhadap rumah tersebut kerana hanya orang yang mempunyai akses terhadap rumah dan dadah tersebut yang boleh memberitahu di mana dadah disimpan.
"Oleh itu, adalah tidak selamat bagi saya memanggil tertuduh membela diri kerana timbulnya jurang dalam kes pendakwaan. Dengan ini, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan dihadapinya,” kata hakim itu.
Gabriel didakwa mengedar 1278.61 gram kanabis di unit kondominium di Jalan Pahang, Wangsa Maju di sini pada jam 10.15 malam, 5 Feb 2021, mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Dia juga dituduh memiliki 3.05 gram ekstasi pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara boleh sampai lima tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan bersalah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala peguam Zaleha Al-Hayat dan Nur Qistina Mohd Nizam mewakili tertuduh.
Seramai enam saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 6 Nov 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024

Tertuduh turut dilepas dan dibebaskan daripada satu pertuduhan lain itu memiliki 3.05 gram ekstasi, pada tarikh, masa dan lokasi sama. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pensyarah universiti awam dilepaskan, bebas tuduhan miliki, edar 1.27kg dadah
Tertuduh turut dilepas dan dibebaskan daripada satu pertuduhan lain itu memiliki 3.05 gram ekstasi, pada tarikh, masa dan lokasi sama.