GUA MUSANG: Berikutan kejatuhan dan harga yang tidak menentu bagi komoditi getah dan kelapa sawit sejak dua tahun, membuatkan lebih 300 pekebun di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini mula mengusahakan tanaman kontan sebagai inisiatif menampung kehidupan seharian mereka.
Pekebun terlibat terpaksa beralih kepada tanaman jangka pendek seperti pisang, nanas, ubi kayu atau kelapa yang mengeluarkan hasil cepat untuk jualan dan menjanjikan hasil yang lebih tinggi.
Pekebun Mohamed Noor Awang Hamat, 70, berkata pisang adalah antara tanaman kontan yang menjadi pilihan kebanyakan pekebun kini memandangkan hasilnya dapat diperoleh hanya dalam tempoh sembilan bulan hingga setahun.
Mohamed Noor bagaimanapun berkata mereka masih mengharapkan tindakan yang lebih efektif daripada pihak kerajaan sebagai penyelesaian kepada permasalahan penoreh getah secara keseluruhan.
"Pekebun getah mengharapkan harga getah naik melebihi RM3 sekilogram, namun apa yang berlaku harganya jatuh mendadak antara RM2 hingga RM2.40 sekilogram.
"Harga sawit pula antara RM650 hingga RM750 bagi satu tan. Kami sedih dan berasa terkesan dengan harga komoditi yang masih rendah ketika masalah kos sara hidup semasa tinggi," katanya ketika ditemui pemberita di RPT Sungai Terah di sini hari ini.
Wan Ab Talib Wan Jusoh, 69, turut senada berharap bantuan untuk pekebun kecil disediakan pihak kerajaan, malah turut menetapkan satu nilai harga yang bersesuaian untuk menampung sara hidup kini.
Beliau turut berharap pihak kerajaan dapat membantu penoreh getah secara menyeluruh termasuk terhadap golongan yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk mendapatkan bantuan.
"Kami sekarang amat tertekan dengan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah pula bekalan komoditi berkurangan. Kami masih lagi bersabar dan terpaksa menoreh saban hari untuk menampung kehidupan seharian.
"Kami berharap Belanjawan 2023 yang akan dibentang nanti memberi khabar gembira dan membantu kebajikan penoreh getah khususnya rakyat di pedalaman yang menjadikan tanaman komoditi sebagai sumber pendapatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
![Penoreh getah beralih kepada tanaman kontan sebagai inisiatif sara hidup Penoreh getah beralih kepada tanaman kontan sebagai inisiatif sara hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677052357_TBgetah.jpg)
Wan Ab Talib memeriksa batang pokok getah tua yang sudah lama tidak ditoreh berikutan harga komoditi itu tidak menentu sejak dua tahun lepas. - Bernama
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Penoreh getah mengaku salah cederakan warga emas guna parang Penoreh getah mengaku salah cederakan warga emas guna parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725341197_penorehgetah.jpg)
Penoreh getah mengaku salah cederakan warga emas guna parang
Seorang penoreh getah mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki warga emas menggunakan parang.
!['Saya tak sengaja rogol anak' 'Saya tak sengaja rogol anak'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722141054_penorehgetahrogol.jpg)
'Saya tak sengaja rogol anak'
Seorang penoreh getah didakwa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya.
![Pekebun kecil getah Sabah, Sarawak dapat bayaran IPG pada Mei Pekebun kecil getah Sabah, Sarawak dapat bayaran IPG pada Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710168836_TBgetah.jpg)
Pekebun kecil getah Sabah, Sarawak dapat bayaran IPG pada Mei
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil telah diaktifkan untuk Sabah dan Sarawak dari 1-30 Jun 2024.
![Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715909090_Penorehgetah.jpg)
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
![Cendawan Volvariella jadi sumber pendapatan utama penoreh getah Cendawan Volvariella jadi sumber pendapatan utama penoreh getah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711880439_IsmailIbrahimPeng.jpg)
Cendawan Volvariella jadi sumber pendapatan utama penoreh getah
Ismail berkata permintaan cendawan itu sangat memberangsangkan dengan pasaran tertumpu di sekitar Kuala Nerang.
![Rumah dipecah masuk, senapang bersama 200 peluru hilang Rumah dipecah masuk, senapang bersama 200 peluru hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630584724_ShotgunGeneric.jpg)
Rumah dipecah masuk, senapang bersama 200 peluru hilang
Selaras senapang bersama peluru milik seorang penoreh getah dilaporkan hilang selepas rumahnya dipecah masuk di Kampung Air Kuning Selatan, Tampin.
![Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710142417_TBPENOREHGETAHMONSOO.jpg)
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
![Penoreh getah cuba bunuh polis dijel 8 tahun Penoreh getah cuba bunuh polis dijel 8 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698204298_Penorehgetah.jpg)
Penoreh getah cuba bunuh polis dijel 8 tahun
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lapan tahun dari tarikh ditangkap dan denda RM3,000.
![Ibu tunggal terpaksa berhenti menoreh urus anak lumpuh Ibu tunggal terpaksa berhenti menoreh urus anak lumpuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698108496_anaklumpuh.jpg)
Ibu tunggal terpaksa berhenti menoreh urus anak lumpuh
Norhaniza Arifin yang berusia 15 tahun patah paha dan tangan kanan sehingga menyebabkan dia tidak mampu duduk mahupun berdiri akibat kemalangan.
![Pekebun kecil akan dapat bayaran insentif pengeluaran mulai Julai Pekebun kecil akan dapat bayaran insentif pengeluaran mulai Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679978995_TBgetah.jpg)
Pekebun kecil akan dapat bayaran insentif pengeluaran mulai Julai
Kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) baharu adalah inisiatif yang dibuat oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023.