KUALA KRAI : Seorang ibu tunggal terpaksa berhenti kerja sebagai penoreh getah bagi menjaga anak perempuannya yang lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya Mac lalu.
Kemalangan itu menyebabkan Nur Adawiyah Awang Noh, 15, patah paha dan tangan kanan sehingga menyebabkan dia tidak mampu duduk mahupun berdiri.
Menceritakan semula perkara itu, Norhaniza Arifin, 44, yang kehilangan suami sejak lima tahun lalu disebabkan serangan jantung berkata, semasa kejadian anaknya dalam perjalanan membeli kelengkapan persekolahan penggal baharu.
"Kemalangan itu berlaku dua hari sebelum sesi persekolahan tahun ini bermula apabila motosikal dinaiki Nur Adawiyah dan rakannya dilanggar motosikal lain.
"Susulan itu, anak ketiga saya kritikal dan koma," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Kelang Baru di sini pada Isnin.
Sebelum itu, Norhaniza menerima kunjungan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Balai Islam Sekam Darat (BISD) yang diwakili oleh Pengerusinya, Mohd Awal Din.
Menurut ibu kepada lima anak itu, sejak Nur Adawiyah terlantar dia tidak mampu untuk keluar mengambil upah menoreh.
Ujarnya, hal ini kerana dia perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada Nur Adawiyah, manakala tiga lagi anak masih bersekolah.
Tambah Norhaniza, dia kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450.
"Sebelum ini cukup kerana saya banyak buat kerja sampingan seperti upah berkebun, menoreh dan sebagainya.
"Tetapi sekarang dengan jumlah tersebut kami terpaksa mengikat perut kerana keperluan Nur Adawiyah perlu diutamakan seperti lampin pakai buang, susu khas yang bernilai RM120 setin. Susu itu hanya mampu bertahan tiga hari," katanya.
Lebih memeritkan lagi, Norhaniza perlu membawa Nur Adawiyah ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dua hingga tiga kali sebulan untuk membuat rawatan susulan.
Ujar dia, untuk ke sana ambulans diperlukan kerana hanya kenderaan itu yang sesuai dan bayaran sebanyak RM650 perlu disediakan setiap kali rawatan.
Menurut dia, ini kerana jarak rumah ke hospital yang jauh serta perlu menaiki feri khas menyeberangi Sungai Kelantan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Mybank 153029151579 Norhaniza Arifin. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 24 2023

Norhaniza Arifin, 44, yang kehilangan suami sejak lima tahun lalu disebabkan serangan jantung berhenti kerja sebagai penoreh getah bagi menjaga anak perempuannya, Nur Adawiyah Awang Noh. - Gambar SINAR HARIAN

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

JPW laksana 734 program tahun lepas, bantu lebih 17,000 wanita dalam aktiviti ekonomi
KPWKM menerusi JPW telah melaksanakan 734 program bagi membantu wanita dalam aktiviti ekonomi di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung
Penemuan mayat tanpa kepala menggemparkan penduduk di Jakarta pada awal minggu lalu.

Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki
N Retha didakwa memasuki kawasan bilik pejabat milik P Navaneeth di sebuah klinik dalam daerah Muallim pada 3 Mac lepas.

Belanjawan 2025: KPWKM cadang peruntukan RM3 bilion - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mencadangkan peruntukan kira-kira RM3 bilion bagi Belanjawan 2025.

Tidak lagi mampu menyanyi, menjahit, ibu tunggal kudung kaki rayu bantuan
Megala yang kematian suami turut diuji apabila dua anaknya disahkan menghidap diabetes dan bergantung pada ubat.

Belanjawan 2025: KPWKM cadang bantuan kepada ibu tunggal tuntut nafkah di mahkamah
KPWKM akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.

Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin
Seorang ibu tunggal dihukum denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan MyKad palsu sewaktu bersalin.

Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta
Mangsa dihubungi seorang individu mendakwa sebagai ejen penghantaran yang menyatakan terdapat masalah berkait bungkusan yang dihantar kepadanya.

MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.

Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan.