KUALA KANGSAR:Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Khamis atas tuduhan mengugut ibu kandungnya menggunakan sebilah parang.
Fadzir Mohd Zamhari, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan ugutan jenayah menakutkan ibunya yang berusia 68 tahun, dengan mengacukan sebilah parang ke arah perut serta mengugut mahu membunuh mangsa.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Sungai Akar, Kuala Kangsar, kira-kira jam 6 pagi, 17 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana mangsa merupakan ibu kandung dan tinggal serumah.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Januari 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hanida Abdul Kadir manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norizawani Ahmad Jalaludin.
Sementara itu, seorang penjual sate, Rohaizad Lazim, 37, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas dua pertuduhan menakutkan anggota polis dengan melanggar keretanya dan memandu secara berbahaya minggu lalu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan niat hendak menakutkan penjawat awam yang sedang bertugas, melanggar belakang sebuah kereta polis di Jalan Taman Chandan Puteri di sini pada pukul 7 malam 12 November lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan memandu secara berbahaya, dia didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM15,000 jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 12 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hanida Abdul Kadir manakala tertuduh diwakili peguam, P Ravee.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Nov 19 2020

Fadzir (tiga dari kiri) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. Sementara itu, Rohaizad (kiri) mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan menakutkan penjawat awam.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, laporan polis diterima pada malam tadi berhubung kes tersebut.

Ugut bunuh Nik Elin: Polis tunggu laporan SKMM
Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sebelum ini telah membuka tiga kertas siasatan membabitkan dakwaan ugutan bunuh tersebut.

Ugut bunuh Nik Elin: Polis kenal pasti tiga pemilik akaun
Terdapat tiga laporan diterima membabitkan kes tersebut dan tiga kertas siasatan telah dibuka.

Ugutan bunuh Nik Elin: PDRM minta bantuan SKMM
PDRM memohon bantuan dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang terlibat.

Lelaki mengaku salah ugut bunuh, cederakan ibu kandung
Kumaran membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret.

Teman lelaki ugut bunuh, kekasih enggan berkahwin
Keputusan seorang wanita untuk tidak berkahwin dengan teman lelakinya mengundang amarah suspek apabila mengugut mahu membunuh mangsa.

Buruh didenda RM4,000 ugut bunuh rakan kerana tak kemas bilik
Tertuduh telah memarahi mangsa kerana tidak mengemas bilik dan turut membakar kasut, baju serta seluar mangsa dan tertuduh bertindak mengejar mangsa menggunakan sebilah pisau.

Enggan tukar hak milik rumah, pekerja dobi didakwa ugut bunuh bekas isteri
Seorang pekerja dobi didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, atas pertuduhan mengugut untuk membunuh bekas isterinya kerana berebut hak milik rumah.

Diugut bunuh ketika terima panggilan kecemasan
Menurutnya, individu tersebut kemungkinan dalam keadaan panik sehingga mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadap dirinya.

Lelaki ditahan pukul, ugut bunuh ibu
Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana disyaki memukul dan membuat ugutan bunuh terhadap ibunya yang dipercayai menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapanya.