Dua geng penjenayah yang ditembak mati di Ipoh hari ini dan di Plaza Tol Sentul Pasar, Kuala Lumpur semalam tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain serta bukan daripada kumpulan yang sama.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal, tiga lelaki yang ditembak mati di Ipoh merupakan anggota geng kongsi gelap yang aktif menyamun kedai emas di sekitar Perak.
Beliau berkata polis percaya kumpulan itu terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes samun di kedai emas di negeri itu.
"Manakala penjenayah yang ditembak di Kuala Lumpur semalam adalah geng yang menyamun orang yang baharu keluar daripada bank.
"Dua kumpulan itu tiada kaitan, bagaimanapun siasatan lanjut masih kita dijalankan," katanya kepada pemberita semasa melawat dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Sarjan Zal-Azri Abdul Somad yang terkorban ketika bertugas dalam Ops Cantas di Melaka baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi di Perak, polis menembak mati tiga penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Bandar Meru Raya, dekat Jelapang.
Sementara seorang lagi suspek yang dipercayai mengalami kecederaan akibat kejadian itu berjaya melarikan diri.
Semalam pula, polis menembak mati tiga lelaki berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar di Kuala Lumpur, selepas mereka menyamun seorang wanita di luar sebuah bank di Bayu Perdana, Klang.
Ketiga-tiga mereka yang menaiki sebuah kereta Proton Wira diekori sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Selangor sejak pukul 11.30 pagi selepas mereka melarikan wang tunai lebih RM2,000 daripada wanita itu.
Bernama
Thu Oct 10 2013
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
34 cedera, bas dua tingkat rempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Utara Selatan
Tiga mangsa yang duduk di tingkat bawah bas tersepit, manakala 30 mangsa di tingkat atas cedera ringan dan berjaya keluar dengan sendiri.
Mayat bayi ditemui tertanam depan rumah di Ipoh
Seorang penyewa terkejut apabila terjumpa mayat bayi yang dibaluti kain sarung tertanam di hadapan rumah yang bakal didiaminya di Taman Sri Rokam, Ipoh pada Rabu.
Lelaki maut rempuh belakang treler berhenti bahu jalan, saksi diminta salur maklumat
Kemalangan tersebut berlaku dekat susur lebuh raya berhampiran plaza tol Simpang Pulai pada 30 Julai lalu.
Polis minta bantuan kesan Durratun Hamizah
Menerusi kenyataan Polis Daerah Ipoh pada Khamis, alamat terakhirnya di No 10, Jalan Palma C11, Bandar Seri Botani, Ipoh.
Kanak-kanak meninggal dunia: Pengasuh direman enam hari
Seorang pengasuh yang ditahan berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan berusia dua tahun direman selama enam hari.
Polis tahan remaja lelaki, disyaki rogol pelajar 16 tahun
Suspek ditahan 31 Julai lalu, ekoran laporan polis yang dibuat mangsa sekitar jam 10.26 malam, hari yang sama.
Program #BerbudiBersama di Ipoh perkenal inisiatif Khazanah, santuni komuniti
Khazanah Nasional melancarkan inisiatif #BerbudiBersama, siri program jangkauan komuniti yang berlangsung di seluruh negara.
Pegawai polis langgar pelajar: Tarikh pendengaran jaminan DSP Mohd Nazri ditetapkan 5 September
Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 5 September depan sebagai tarikh pendengaran permohonan jaminan terhadap DSP Mohd Nazri Abdul Razak yang berdepan pertuduhan membunuh pelajar lelaki Tingkatan Lima.
Lima pelajar ditahan merusuh, pukul junior dibebaskan dengan jaminan polis
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, kesemua mereka dibebaskan petang semalam selepas pihak polis mengambil keterangan.
Pejalan kaki mangsa langgar lari meninggal dunia
Polis menerima makluman daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun mengenai kematian wanita berusia 64 tahun itu petang semalam.