MIRI: Seorang penjawat awam di sini kerugian RM31,000 akibat ditipu dalam urusan pembelian dron secara dalam talian.
Lelaki berusia 20-an itu ditipu apabila mahu membeli sebuah Dron DJI Mini II yang ditawarkan oleh seorang pemilik akaun Instagram dengan menggunakan nama profil Bm-Elektonik7 pada harga RM550.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Supt Maria Rasid berkata, mangsa diarahkan membuat beberapa bayaran seperti bayaran harga dron, wang jaminan dan bayaran pelepasan Kastam yang keseluruhan berjumlah RM31,000 sejak 26 Julai lepas hingga semalam.
"Bayaran dibuat ke lima akaun individu berlainan melalui 10 transaksi dan mangsa diyakinkan oleh suspek bahawa wang tersebut akan dikembalikan. Mangsa menyedari ditipu selepas suspek tidak dapat lagi dihubungi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada apabila membuat pembelian barangan secara dalam talian dan memastikan hanya berurusan melalui platform e-dagang yang sah.
Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Komersial melalui talian 03-2610 1559 dan 03-2610 1599 atau Infoline Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di talian 013-211 1222 (WhatsApp/khidmat pesanan ringkas) bagi mendapatkan nasihat atau menyalurkan maklumat berhubung jenayah dalam talian, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021

Bayaran dibuat ke lima akaun individu berlainan melalui 10 transaksi dan mangsa diyakinkan suspek bahawa wang tersebut akan dikembalikan. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Lapan individu didenda RM6,000 setiap seorang, tawar kerja tidak wujud
Lapan individu masing-masing didenda RM6,000 atas pertuduhan melakukan penipuan dalam menawarkan pekerjaan tidak wujud secara dalam talian, minggu lepas.

Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.

Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.

Ketiadaan integriti, manipulasi kewangan mampu lenyapkan kekayaan syarikat - Pakar
Individu tiada integriti yang berada dalam kedudukan tinggi dan mempunyai kuasa boleh menyalahgunakan kedudukan dengan memperdaya pihak lain dalam organisasi.

"Scammer" guna hotline IPD PD perdaya mangsa
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson mengesan insiden penyalahgunaan talian hotline IPD oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan.

Penipuan atas talian: Rakyat Malaysia rugi RM1.2 bil dalam 10 bulan
Teo mendedahkan penipuan itu juga berkembang dengan modus operandi baharu, seperti taktik penyamaran sebagai pihak berkuasa.

Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.

91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkaitan judi, penipuan - Fahmi
Sebanyak 172,072 kandungan yang diturunkan melibatkan judi dalam talian manakala 56,136 adalah berkaitan penipuan.

Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.