Semua penjawat awam harus mengubah sikap dan mengambil iktibar daripada Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 bagi mengelak berlakunya ketirisan.
Bekas Ketua Pengarah Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Datuk Normah Md Yusof berpendapat isu yang timbul dalam setiap kementerian, jabatan dan syarikat kerajaan adalah disebabkan sikap individu itu sendiri.
Menurutnya, jika setiap individu mengamalkan sikap integriti dan amanah dalam menjalankan tugas, ketirisan mungkin dapat dikurangkan.
"Bayangkan jika sesuatu kementerian itu ada cawangan atau jabatannya di setiap negeri dan daerah, maka agak sukar untuk melakukan pengawasan. Sebab itulah pentingnya sikap integriti dan amanah itu ada dalam setiap penjawat awam ...tidak kisah menteri, ketua pengarah, mahupun pekerja biasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebanyak 109 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 bagi membantu kementerian, jabatan dan syarikat kerajaan memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti.
Laporan itu yang dibentang Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang di Dewan Rakyat pada Isnin mengandungi perkara yang telah diperhatikan hasil daripada pengauditan terhadap 17 program, aktiviti dan projek di bawah 14 kementerian dan jabatan serta pengurusan dua syarikat kerajaan.
Sementara itu, Penyelaras Program Sarjana Pentadbiran Awam, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Dr Noreha Hashim berpendapat penjawat awam perlu mempunyai kesedaran etika kerja bagi mengatasi masalah ketirisan.
"Selaku pensyarah yang mempunyai pelajar daripada sektor awam, saya dapati ada yang tidak tahu membezakan kuasa budi bicara sehingga menyebabkan berlakunya penyalahgunaan kuasa.
"Kerajaan perlu banyakkan latihan. Namun diakui sememangnya satu cabaran yang hebat kerana terdapat lebih 1.4 juta penjawat awam," katanya.
Namun Noreha memuji inisiatif kerajaan memastikan pengurusan sektor awam dilakukan secara telus dan terbuka walaupun tindakan itu mungkin mendatangkan keburukan apabila sesetengah pihak hanya menguar-uarkan laporan yang negatif.
"Menariknya adalah syor-syor yang dicadangkan dalam laporan itu. Jangan hanya pandang teguran yang negatif. Yang penting, kementerian dan jabatan yang diberikan teguran perlu muhasabah diri dan elak daripada melakukan kesilapan sama," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Apr 08 2014


Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Peranan IIM terus diperkukuh, bantu perkemas tatakelola baik - KSN
Usaha itu selaras dengan matlamat Kerajaan MADANI yang berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara berintegriti tinggi selain dihormati di peringkat global.

CDC, IIM jalin kerjasama tingkatkan piawaian, tadbir urus e-Perolehan
CDC komited untuk memupuk integriti, tadbir urus dan piawaian etika dalam kalangan tenaga kerjanya serta seluruh komuniti e-Perolehan.

Peranan Institut Integriti Malaysia diperluas sebagai pusat rujukan utama nasional
Peranan Institut Integriti Malaysia diperluas sebagai pusat rujukan utama nasional

Tanah runtuh: Kakitangan IIM diarah bekerja dari rumah
Arahan itu dibuat atas faktor keselamatan dan berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Hanya 37 inisiatif selesai, belum terlambat kaji semula NACP - Pakar
Kerajaan perlu melihat semula Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang digariskan sebelum ini dalam memerangi rasuah dan intergriti dalam masyarakat.

Pemantapan tata kelola organisasi melalui AIGA
AIGA merupakan salah satu pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM).

Bulan Integriti Nasional 2022: Integriti Teras Keluarga Malaysia
"lntegriti Teras Keluarga Malaysia" telah dipilih sebagai tema sambutan Bulan Integriti Nasional 2022 yang disambut pada 5 November setiap tahun.

Rasuah Busters: Kerjasama rentas agensi perlu lebih strategik, sistematik tingkat integriti
Menurut Global Financial Integrity Report 2017, antara tahun 2005 hingga 2014 Malaysia telah kehilangan RM1.8 trillion menerusi aliran kewangan tidak sah dan sebahagian daripadanya berpunca dari

Hari Integriti Nasional platform organisasi tingkatkan governans, integriti dan antirasuah
IIM juga berperanan untuk memberikan konsultasi dan nasihat kepada ketua badan awam dan swasta dalam mengenal pasti punca risiko kepada berlakunya rasuah.

Bermulanya norma baharu kesiapsagaan organisasi komersial
Semua organisasi komersial tidak boleh lari dan wajib berjaga-jaga, berhati-hati serta senantiasa patuh kepada peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.