"lNTEGRITI TERAS KELUARGA MALAYSIA" telah dipilih sebagai tema sambutan Bulan Integriti Nasional 2022 yang disambut pada 5 November setiap tahun, sejak tahun 2005 lagi. Tema ini dipilih berdasarkan komitmen Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai agensi peneraju dalam usaha pemerkasaan dan pembudayaan integriti dan tadbir urus baik di Malaysia.
Tema ini juga adalah selari dengan Konsep Keluarga Malaysia yang menekankan tiga teras utama iaitu Kebersamaan, Keterangkuman dan Kesyukuran. Ia turut mencakupi amalan menyemai budaya integriti; budaya amanah; prinsip keadilan; dan amalan bermusyawarah dalam membina akhlak mulia seluruh rakyat Malaysia.
Menurut Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM, “Budaya integriti perlu dipupuk di kalangan setiap lapisan masyarakat. Ianya merangkumi setiap aspek kehidupan agar dapat memberi kesan kepada individu, komuniti, organisasi & negara. Memperkasakan pendidikan integriti dari usia muda yang berteraskan aspek kejujuran, akauntabiliti, tanggung jawab dan sikap saling menghormati akan memastikan masa depan yang mampan untuk generasi akan datang.”
Sempena sambutan bulan Integriti Nasional 2022, IIM dengan kerjasama beberapa pihak termasuk sektor awam dan swasta juga akan melaksanakan pelbagai program bagi tujuan memantapkan pembudayaan nilai-nilai tadbir urus, integriti dan anti rasuah. Antara program yang telah dirangka termasuklah penganjuran Forum Perdana Ehwal Islam: Integriti Jambatan Keberkatan yang akan disiarkan secara langsung menerusi slot rancangan Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 pada 3 November 2022 (Khamis), jam 9.00 malam hingga 10.00 malam.
IIM juga akan mengadakan Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA 2022) peringkat Kebangsaan pada awal tahun 2023. Penganjuran AIGA 2022 ini merupakan inisiatif IIM yang julung kali diadakan serta bertujuan memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dan kebertanggungjawaban dalam usaha memperkasakan pembudayaan dan pengamalan integriti dan tadbir urus terbaik dalam organisasi masing-masing.
IIM akan turut terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Integriti bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Telekom Malaysia (TM) Berhad, Sarawak Economic Development Corporation (SEDC), Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Boustead Holdings Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Semoga sambutan Bulan Integriti Nasional pada tahun ini akan terus menyemarakkan semangat pembudayaan nilai integriti masyarakat dan nasional seterusnya berupaya merealisasikan aspirasi yang digariskan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) supaya “Malaysia dikenali kerana integritinya dan bukannya rasuah”.
Selamat Hari Integriti Nasional 2022!
*Disediakan oleh Seksyen Komunikasi Korporat, Institut Integriti Malaysia (IIM), Menara Integriti,
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur.
**Untuk sebarang pertanyaan media, sila emel komunikasi@integriti.my
Kenyataan Media
Tue Nov 01 2022

"lntegriti Teras Keluarga Malaysia" telah dipilih sebagai tema sambutan Bulan Integriti Nasional 2022 yang disambut pada 5 November. - Institut Integriti Malaysia
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Bulan Integriti Nasional 2022: Integriti Teras Keluarga Malaysia
"lntegriti Teras Keluarga Malaysia" telah dipilih sebagai tema sambutan Bulan Integriti Nasional 2022 yang disambut pada 5 November setiap tahun.