TAWAU: Seorang penjawat awam didenda RM5,000 di Mahkamah Majistret Tawau selepas mengaku bersalah memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar lelaki, dua tahun lalu.
Tertuduh, Sekila Kasinadi, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Indah, Jalan Merotai, dalam daerah Kalabakan, pada jam 7 pagi, 17 Julai 2019.
Berdasarkan pertuduhan pilihan yang dibacakan, Sekila didakwa memandu dengan cuai ketika dalam perjalanan dari Felda Umas ke Wisma Kastam Tawau.
Tertuduh cuba memintas sebuah lori di hadapannya, sebelum merempuh sebuah motosikal dari arah bertentangan yang dinaiki seorang pelajar sekolah lelaki, Muhammad Rayyan Bisanga, 18.
Dalam kejadian itu, Muhammad Rayyan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah akibat rempuhan itu.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut pertuduhan pilihan Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM4,000 dan tidak lebih RM10,000 dan boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih setahun.
Peguam tertuduh, Abdul Fikry Jaafar dalam pembelaannya berkata, tertuduh berkhidmat hampir lapan tahun sebagai kakitangan awam dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2018.
Selain itu, tertuduh juga mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun selain tidak pernah melakukan kesalahan jenayah.
Abdul Fikry juga meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan tertuduh juga akan dikenakan tindakan termasuk hilang pekerjaan dan segala faedah bekerja.
Majistret Dzul Elmy Yunus dalam penghakimannya berkata, walaupun perkara kemalangan itu di luar kawalan manusia, mahkamah juga mengambil kira kesan terhadap keluarga yang kehilangan mangsa.
Sehubungan itu, Dzul Elmy menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda, selain pembatalan lesen memandu serta-merta.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana.
Petrus Bernard
Tue Nov 09 2021
![Penjawat awam didenda RM5,000 pandu cuai, sebabkan kematian pelajar Penjawat awam didenda RM5,000 pandu cuai, sebabkan kematian pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636458956_PenjawatAwamDiden.jpg)
Tertuduh, Sekila Kasinadi, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Indah, Jalan Merotai, dalam daerah Kalabakan, pada jam 7 pagi, 17 Julai 2019. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Keluarga belum putuskan lokasi pengebumian jenazah Nur Farah Kartini Keluarga belum putuskan lokasi pengebumian jenazah Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721105066_FarahKartini.jpg)
Keluarga belum putuskan lokasi pengebumian jenazah Nur Farah Kartini
Abang mangsa, Mohd Farriza Azmi Abdullah berkata, perkara itu akan diputuskan oleh ibu mereka yang dijangka tiba dari Miri malam ini.
![SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720860893_tbAnwarIbrahim.jpg)
SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/81525341811_Gaji.jpg)
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
![[KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat [KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720168226_TBTarmize.jpg)
[KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat
Pembabitan penjawat awam dalam jenayah rasuah telah memburukkan imej perkhidmatan kerajaan, merencatkan prestasi penyampaian, menjejaskan keselamatan awam dan menyebabkan ketirisan hasil negara.
![[KOLUMNIS] Kajian SSPA beri suntikan ‘tonik’ lonjak perkhidmatan awam [KOLUMNIS] Kajian SSPA beri suntikan ‘tonik’ lonjak perkhidmatan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621675834_awam.jpg)
[KOLUMNIS] Kajian SSPA beri suntikan ‘tonik’ lonjak perkhidmatan awam
Dengan kenaikan kos sara hidup yang kian mencabar, apatah lagi tinggal di bandar, pastinya jumlah RM1,216 sebulan itu tidak mencukupi.
![Lelaki ditahan langgar MPV polis Lelaki ditahan langgar MPV polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719161248_TBAshariAbuSamah.jpg)
Lelaki ditahan langgar MPV polis
Seorang lelaki ditahan selepas melanggar kereta peronda polis (MPV) di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru, semalam.
![Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719461869_TBMahkamahMajistret.jpg)
Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman
Enam penjawat awam wanita di sebuah jabatan kerajaan ditahan reman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM13,586.
![Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719399897_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar
Kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719394396_courtgavelmahkam.jpg)
Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO
Seorang pengarah syarikat latihan sistem teknologi maklumat didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menggunakan dokumen palsu berhubung kursus penyelenggaraan portal MyIPO.
![Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706786364_TBLOVESCAM.jpg)
Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta
Mangsa dihubungi seorang individu mendakwa sebagai ejen penghantaran yang menyatakan terdapat masalah berkait bungkusan yang dihantar kepadanya.