KANGAR: Nilai jualan perdagangan borong dan runcit yang meningkat sebanyak 5.2 peratus pada Mac tahun ini menunjukkan ekosistem perekonomian domestik negara berada dalam keadaan segar dan progresif.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, peningkatan itu turut membuktikan peranan dan tindakan dilaksanakan kementerian berada pada landasan yang betul.
"Peningkatan peratusan prestasi nilai jualan borong dan runcit itu membawa makna bahawa segala tindakan, pemantauan dan penguatkuasaan yang kita laksanakan berada pada landasan betul.
"Kita bukan hanya menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang ada tetapi kita juga dapat melihat bahawa pasaran menunjukan respon positif," katanya semasa berucap merasmikan program Jelajah Karnival KPDN peringkat Perlis, di sini, malam tadi.
Khamis lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan nilai jualan perdagangan borong dan runcit naik 5.2 peratus kepada RM145.7 bilion pada Mac tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, ini adalah disebabkan oleh subsektor perdagangan runcit menokok 7.1 peratus atau RM4.2 bilion kepada RM62.8 bilion.
Dalam pada itu, Armizan menjelaskan, langkah kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi bukan bermaksud kerajaan memotong atau memansuhkan subsidi sebaliknya bertujuan memastikan ia benar-benar sampai kepada golongan sasar.
Menurut beliau, penyasaran semula subsidi juga akan membolehkan kerajaan meningkatkan jumlah pemberian tunai kepada rakyat.
Armizan berkata, kerajaan berpendirian bahawa langkah melaksanakan penyasaran semula subsidi mesti disertai dengan jaminan perlindungan dan bantuan sosial untuk rakyat.
Mengenai program Jelajah Karnival KPDN itu, beliau berkata, ia bertujuan 'merakyatkan' perkhidmatan dan peranan kementerian selain memberi peluang kepada rakyat memanfaatkan perkhidmatan ditawarkan.
Program Jelajah Karnival KPDN Tahun 2024 yang julung kali diadakan di Perlis itu merupakan pembuka tirai untuk siri jelajah program pembangunan perniagaan yang akan dianjurkan di seluruh negara antaranya Kelantan, Sarawak, Perak, Sabah dan Melaka bermula bulan ini hingga Disember. - BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024

Armizan berkata, peningkatan itu turut membuktikan peranan dan tindakan dilaksanakan kementerian berada pada landasan yang betul. - Gambar fail Astro AWANI

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir 6 jam, dipanggil semula Isnin ini
Ismail Sabri Ykeluar dari ibu pejabat SPRM pada jam 5.42 petang selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam pada Jumaat.
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Jualan perdagangan borong, runcit melonjak 5.4 peratus kepada RM146 bilion - Perangkaan
Perdagangan borong dan runcit Malaysia berkembang 5.4 peratus tahun ke tahun pada Jun 2024, mencatatkan jualan RM146.0 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Peningkatan perdagangan borong, runcit bukti ekosistem ekonomi segar, progresif - Armizan
Nilai jualan perdagangan borong dan runcit yang meningkat sebanyak 5.2 peratus pada Mac tahun ini menunjukkan ekosistem perekonomian domestik negara berada dalam keadaan segar dan progresif.