KUALA LUMPUR: Peningkatan paras air laut dijangka menyebabkan beberapa kawasan di Malaysia mengalami banjir yang lebih kerap dalam tempoh 10 tahun ke 20 tahun akan datang.
Antara lokasi yang paling berisiko ialah Alor Setar di Kedah, Seberang Perai di Pulau Pinang dan kawasan sawah padi di Kelantan terutamanya yang berhampiran dengan laut.
Felo Penyelidik dari Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development, Dr Chen Jit Ern berkata, meskipun terdapat banyak kawasan pantai di Malaysia namun majoritinya adalah dua atau tiga meter lebih tinggi daripada paras air laut.
BACA: Buat kali pertama hujan terjadi di puncak ais Greenland, dan itu petanda kurang baik
BACA: Pulau Betet dan Pulau Gundul lenyap dari muka bumi, beberapa lagi bakal tenggelam
“Mengikut kajian, paras air laut global dijangka meningkat antara 30cm hingga 110cm dalam masa 80 tahun, bergantung kepada kadar pelepasan karbon dioksida global.
“Oleh itu, bandar-bandar terbesar Malaysia seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh tidak begitu diancam dengan kenaikan paras air laut ini.
“Bagaimanapun, lokasi persisiran pantai yang kurang daripada 1 meter di atas atas paras air laut akan mengalami lebih banyak fenomena banjir dari air laut (air pasang besar) seperti kawasan di sekitar bandar Alor Setar, Seberang Perai dan Teluk Intan,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Begitupun, Jit Ern melahirkan kebimbangan terhadap keadaan sawah padi yang berhampiran laut kerana sekiranya air masin memasuki sawah, ia akan merosakkan tanah sekaligus menjejaskan produktiviti padi di kawasan tersebut.
BACA: Perubahan iklim: Adakah Singapura akan tenggelam?
Justeru, katanya rakyat terutamanya di kawasan yang dijangka terjejas perlu bertanya kepada kerajaan apakah tindakan dan perancangan untuk berhadapan dengan situasi tersebut.
“Apakah pelan masa depan, sama ada tempat-tempat yang diancam oleh kenaikan paras laut akan diberi financial support (bantuan kewangan) untuk membina dan merancang sistem perairan yang boleh menahan kenaikan paras air laut seperti di negara Belanda.
“Atau kerajaan sudah membuat keputusan bahawa tempat-tempat ini tidak akan diselamatkan, seperti kebanyakan kawasan di utara bandar Jakarta.
“Di situ, kerajaan tempatan seolah-olah telah mengakui bahawa mereka tidak ada pelan komprehensif untuk menyelesaikan masalah banjir air laut. Dalam keadaan ini, rakyat yang terjejas tidak ada pilihan lain selain terpaksa pindah ke tempat lain,” ujarnya.
Jelasnya, penduduk tidak akan merasa kesan kenaikan paras air laut dalam masa singkat kerana biasanya, ia mengambil masa berpuluh tahun sebelum kesannya mula kelihatan.
Begitupun, penduduk di kawasan terjejas secara perlahan-lahan akan mula terasa kesannya apabila laut dilihat mula hampir dengan mereka dan banjir juga semakin kerap berlaku.
Ridauddin Daud
Sat Nov 13 2021

Meskipun terdapat banyak kawasan pantai di Malaysia namun majoritinya adalah dua atau tiga meter lebih tinggi daripada paras air laut. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Dunia catat rekod peningkatan kepekatan gas rumah hijau, paras air laut, haba lautan pada tahun 2022
Tinjauan mendapati, tahun 2022 adalah antara enam tahun paling panas sejak rekod bermula pada pertengahan hingga akhir 1800-an.

Paras laut global meningkat lebih dua kali ganda
Ia meningkat dua kali ganda berbanding paras sebelum ini berdasarkan tempoh dari tahun 1993 hingga 2002.

Penduduk di tepi laut diminta berpindah jika air pasang besar cecah tiga meter
Penduduk tinggal di sekitar tepi laut di Kuala Kedah dan Kota Kuala Muda diingatkan agar segera berpindah sekiranya paras air laut mencapai ketinggian tiga meter.

Peningkatan paras air laut: Alor Setar, Seberang Perai dijangka alami banjir lebih kerap
Peningkatan paras air laut dijangka menyebabkan beberapa kawasan di Malaysia mengalami banjir yang lebih kerap dalam tempoh 10 tahun ke 20 tahun akan datang.

Perubahan iklim: Adakah Singapura akan tenggelam?
Menurut ramalan Pusat Penyelidikan Iklim Singapura, republik tersebut bakal mengalami peningkatan paras air laut sehingga satu meter menjelang tahun 2100.

Angin kencang, laut bergelora di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Air pasang besar, keadaan pantai di Selangor terkawal
Menurut kenyataan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, ban ataupun benteng kepada pesisir pantai kukuh dan berada dalam keadaan baik selain tiada rebakan berskala besar.