ALOR SETAR: Penduduk tinggal di sekitar tepi laut di Kuala Kedah di sini dan Kota Kuala Muda, Sungai Petani diingatkan agar segera berpindah sekiranya paras air laut mencapai ketinggian tiga meter semasa fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 11 dan 12 Okt ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lepas, paras air laut di kedua-dua kawasan itu akan meningkat ketika fenomena air pasang besar.
"Kuala Kedah memang kerap naik air pasang besar, tapi saya hendak ingatkan penduduk terutama yang tinggal di kawasan tepi laut supaya dapatkan maklumat dari pihak berkuasa, berpindahlah segera jika keadaan air pasang besar meningkat.
"Selalunya paras air boleh capai sehingga paras tiga meter, tapi kalau paras air di kawasan daratan berada di buku lali itu maknanya paras air pasang besar itu tidak sampai lagi tiga meter," katanya selepas sesi perbincangan hala tuju pelaksanaan Pasukan Bomba Sukarela di sini hari ini.
Sayani berkata JBPM Kedah telah siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dalam tempoh Monsun Timur Laut akan datang.
"Pasukan bomba memang dalam keadaan siap siaga sekarang ini, bila ada permintaan dari agensi-agensi yang terbabit untuk kami bersedia di kawasan itu kami akan membantu. Bukan sahaja bomba, tapi banyak lagi agensi akan terlibat bersama aset masing-masing bagi operasi penyelamatan mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022

Penduduk tinggal di sekitar tepi laut di Kuala Kedah di sini dan Kota Kuala Muda, Sungai Petani diingatkan agar segera berpindah sekiranya paras air laut mencapai ketinggian tiga meter semasa fenomena air pasang besar. - Gambar fail/Astro AWANI
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Air pasang besar: JPS ramal 43 kampung berisiko dinaiki air
Sebanyak 43 kampung yang terletak berhampiran 12 muara sungai di Terengganu berisiko dinaiki air susulan fenomena air pasang besar.

Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.

Hakisan pantai semakin serius, lebih 50 penduduk PPRT Kampung Jawa terjejas
Masalah hakisan mula berlaku pada 2019 dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang tinggal berdekatan pantai.

Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok
Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang diramal sehingga Khamis ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Disember 2024.

Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.

Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.

Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.

Belanjawan 2025: Selangor peruntuk RM34.27 juta urus projek tebatan banjir
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM34.27 juta menerusi Belanjawan Selangor 2025 bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek tebatan banjir.

Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia
Seorang nelayan yang melecur teruk dalam kejadian bot terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lalu meninggal dunia pada Isnin.