LOS ANGELES: Dunia mencatatkan rekod tertinggi untuk peningkatan kepekatan gas rumah hijau, paras air laut dan kandungan haba lautan pada tahun lepas, menurut tinjauan tahunan iklim global yang diterbitkan dalam talian pada Rabu.
Laporan penilaian tahunan ke-33 yang disusun oleh Pusat Maklumat Alam Sekitar Kebangsaan (NCEI) Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) itu berdasarkan sumbangan daripada lebih 570 saintis di lebih 60 negara, lapor Xinhua.
Laporan itu juga menyediakan kemas kini paling komprehensif tentang penunjuk iklim Bumi, peristiwa cuaca dan data lain yang dikumpul oleh stesen dan instrumen pemantauan alam sekitar yang terdapat di darat, air, ais dan di angkasa.
Menurut laporan itu, kepekatan gas rumah hijau Bumi adalah yang tertinggi pada 2022.
Kepekatan karbon dioksida, metana dan nitrus oksida - gas rumah hijau atmosfera utama bumi - sekali lagi mencatat rekod pada 2022.
Purata kepekatan karbon dioksida ialah 417.1 parts per million (ppm), iaitu 50 peratus lebih tinggi daripada tahap praindustri dan 2.4 ppm lebih tinggi daripada jumlah 2021.
Jumlah berkenaan adalah yang tertinggi dalam pemerhatian moden serta dalam rekod paleoclimatic sejak 800,000 tahun.
Laporan itu turut mendapati, trend pemanasan berterusan di seluruh dunia, menyaksikan suhu permukaan global tahunan adalah 0.25 hingga 0.30 darjah Celsius melebihi purata 1991-2020.
Tahun 2022 adalah antara enam tahun paling panas sejak rekod bermula pada pertengahan hingga akhir 1800-an.
Fenomena La Nina di Lautan Pasifik di khatulistiwa yang bermula pada pertengahan 2020 berterusan sepanjang 2022.
Gelombang haba memecahkan rekod suhu di seluruh planet, dengan pada bulan Julai, gelombang haba selama 14 hari melanda barat Eropah.
Musim panas yang panas di bahagian tengah dan timur Asia, khususnya di lembangan Sungai Yangtze, membawa kepada kemarau teruk yang menjejaskan lebih 38 juta orang dan menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak US$4.75 bilion, menurut laporan itu.
Sementara itu, haba lautan dan paras laut global mencapai rekod tertinggi baharu pada 2022.
Purata aras laut global adalah yang tertinggi untuk tahun ke-11 berturut-turut, mencapai kira-kira 101.2 mm.
Artik dan Antartika juga mengalami pelbagai perubahan cuaca yang keterlaluan, menyaksikan Artik mempunyai tahun terpanas kelima dalam rekod 123 tahun.
Pada tahun 2022 juga ribut tropika membawa kemusnahan kepada banyak kawasan di seluruh dunia dengan terdapat 85 ribut tropika berlaku.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Thu Sep 07 2023

Laporan turut mendapati, trend pemanasan berterusan di seluruh dunia, menyaksikan suhu permukaan global tahunan adalah 0.25 hingga 0.30 darjah Celsius melebihi purata 1991-2020. - Gambar hiasan/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Malaysia alu-alukan sokongan Jepun percepat peralihan tenaga - Rafizi
Malaysia mengalu-alukan sokongan dan kerjasama Jepun dalam mempercepat usaha peralihan tenaga negara kepada penyahkarbonan dan mencapai sasaran pelepasan GHG bersih-sifar menjelang 2050.

Penggunaan tenaga secara cekap kurangkan pembebasan gas rumah hijau - SEDA
Amalan penggunaan tenaga dengan cekap adalah paling utama untuk memastikan kelestarian alam.

Dunia catat rekod peningkatan kepekatan gas rumah hijau, paras air laut, haba lautan pada tahun 2022
Tinjauan mendapati, tahun 2022 adalah antara enam tahun paling panas sejak rekod bermula pada pertengahan hingga akhir 1800-an.

EVE Energy bina kilang pembuatan baharu bernilai AS$422 juta di Kedah
Pengeluar bateri litium global, EVE Energy Co Ltd, pada Isnin mengumumkan majlis pecah tanah bagi kilang pembuatan baharunya dengan pelaburan awal sebanyak AS$422 juta di Kulim, Kedah.

Pungutan suara: rakyat Switzerland lulus cukai minimum syarikat korporat
Penduduk Switzerland pada Ahad meluluskan pengenalan kadar cukai minimum 15 peratus terhadap syarikat multinasional besar, lapor Sputnik.

Brunei tetapkan arahan mandatori pelaporan gas rumah hijau
Jawatankuasa Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei Darussalam (BNCCC) mengumumkan arahan pelaporan mandatori gas rumah hijau (GHG).

Paras laut global meningkat lebih dua kali ganda
Ia meningkat dua kali ganda berbanding paras sebelum ini berdasarkan tempoh dari tahun 1993 hingga 2002.

Pelepasan gas rumah hijau di Itali catat peningkatan
Pelepasan gas rumah hijau di Itali menunjukkan peningkatan meskipun penggunaan tenaga di negara ini adalah lebih rendah.

SEDA Malaysia bantu pacu ke arah tenaga boleh baharu
Agenda peralihan tenaga adalah selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 7 yang memastikan akses kepada tenaga yang mampu dimiliki, mampan dan moden untuk semua.

Perubahan iklim: Setiap negara perlu ambil peranan, tukar minda masyarakat - Susilo
Usaha mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau bersih sifar (Net Zero GHG emissions) adalah tanggungjawab setiap negara