Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dan ombak setinggi sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah sehingga Selasa ini.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
"Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Selasa," kata jabatan itu.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran kategori kedua dengan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 km/j serta ombak setinggi sehingga 4.5 meter yang dijangka melanda kawasan perairan timur Condore dan barat Reef North bagi tempoh sama.
Menurut kenyataan itu, keadaan angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 km/j serta ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku kawasan perairan tenggara Samui, Tioman, Bunguran, barat Condore, Reef South, timur Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan sehingga Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018

Beberapa kawasan pantai terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. - Gambar hiasan
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Pesawat Jeju Air terima amaran aktiviti burung 1 minit sebelum kotak hitam berhenti
Kerajaan merancang untuk mengeluarkan laporan awal pada Isnin, yang akan dihantar kepada ICAO, Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand.

Jabatan Perikanan Selangor keluar notis amaran pengambilan anak kerang
Jabatan Perikanan Selangor bertindak menampal notis amaran berhubung aktiviti mengambil anak kerang melibatkan 22 lokasi di daerah ini dan Kuala Selangor.

Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.

Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023.

Salji luar biasa selubungi Seoul
Agensi cuaca kebangsaan mengeluarkan amaran salji tebal di ibu negara yang meliputi Wilayah Gyeonggi dan hampir semua bahagian negara.

Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Status aktiviti gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur telah dinaikkan daripada tahap III ke IV.

Amaran ribut petir di negeri utara, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga negeri di utara Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.

Taufan Oscar, ribut tropika Nadine ancam Bahamas, Cuba, Mexico
Oscar dinamakan sebagai ribut tropika pada awal pagi Sabtu dan menjelang tengah hari bertukar kepada taufan.

Ahli seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina
Gunung Kanlaon mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam lalu.

LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Gabungan air pasang besar berserta hujan lebat dan ribut menyebabkan fenomena ombak besar yang menghempas kawasan tepi laut Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih.