KOTA BHARU: Seorang peniaga serondeng di Kampung Laut, Tumpat didenda RM3,900 kerana tiga kegagalan mengemukakan penyata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST-02) dalam tempoh yang ditetapkan di Mahkamah Sesyen, di sini pada Isnin.
Orang Kena Saman (OKS), Wan Zairul Izzuan Ariz Wan Zainudin, 30, didenda oleh hakim, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dikemukakan.
Mengikut kesemua pertuduhan itu, antara 1 Jun hingga 3 Oktober lalu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, OKS yang juga pemilik tunggal perniagaan serunding dan sebagai orang kena cukai di bawah Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806) didapati gagal mengemukakan penyata SST-02 dalam tempoh yang ditetapkan antara 1 Mac hingga 31 Ogos lalu.
Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 26(7)(a) Akta 806 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau maksimum penjara tiga tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Mohd Haswadi Mohamad Nor manakala Wan Zairul Izzuan Ariz tidak diwakili peguam.
Sebelum itu, Wan Zairul Izzuan Ariz merayu hukumannya dikurangkan, namun Mohd Haswadi memohon satu hukuman setimpal dikenakan ke atasnya.
“Saya mohon hukuman yang dapat pengajaran kepada OKS dan orang lain agar tidak memandang ringan tanggungjawab membayar cukai,” katanya.
Sementara itu, dalam prosiding berasingan di mahkamah sama, seorang lagi pemilik tunggal sebuah syarikat pengiklanan, Mohd Ridzuan Jusoh, 34, turut dikenakan denda RM3,900 atas kesalahan sama yang dilakukan antara tempoh 1 Jun hingga 3 Oktober lalu.
Mohd Ridzuan sebagai orang kena cukai bawah Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806) didapati gagal mengemukakan penyata SST-02 dalam tempoh yang ditetapkan antara 1 Mac hingga 31 Ogos lalu.
Mohd Zul Zakiqudin kemudian mengenakan denda itu atau tiga bulan penjara bagi setiap pertuduhan jika gagal dijelaskan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 11 2023

Mohd Ridzuan (kiri) bersama peguam, Azura Ghazali berjalan menuju ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Isnin. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Peniaga serondeng Kampung Laut didenda gagal kemuka penyata SST
Seorang peniaga serondeng di Kampung Laut, Tumpat didenda RM3,900 kerana tiga kegagalan mengemukakan penyata Cukai Jualan dan Perkhidmatan.