Mangsa, Mohd Faiz Ismail, 47, berkata, semasa kejadian, dia sedang membuat persiapan di atas pentas kerana ditugaskan sebagai deejay di festival berkenaan.
Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas tanpa sempat berbuat apa-apa.
"Masa kejadian saya berada di atas pentas tengah pasang lagu dan nak tutup pembesar suara namun secara tiba-tiba ternampak khemah terangkat, terus lari menyelamatkan diri," katanya.
Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Min, 38, berkata, kejadian menyebabkan kebanyakan peniaga mengalami kerugian besar akibat barangan jualan rosak dan basah.
"Baru berniaga beberapa hari saja, bila jadi macam ni rasa sedih tengok barang habis basah dan tak tahu nak mula kemas macam mana, buntu disebabkan banyak modal dah dilaburkan," katanya.
Festival berkenaan dijadualkan dibuka pada 23 Mac hingga 21 April 2023 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Antara jualan yang terdapat di festival berkenaan ialah pakaian lelaki dan wanita, tudung, makanan dan minuman termasuk kuih raya, kosmetik, kasut serta pelbagai lagi.
Difahamkan, perbincangan akan dilakukan antara penganjur dan peniaga untuk mencari penyelesaian terbaik. -Sinar Harian