JITRA: Peniaga yang membida dan berjaya mendapat tapak Karnival Aidilfitri 2024 di daerah Kubang Pasu diingatkan supaya tidak menjual lot jualan yang diperoleh mereka kepada pihak lain.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) Badrulhisham Sulaiman berkata pihaknya akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang melakukan kesalahan itu supaya ia adil kepada semua pihak.
"MPKP akan melakukan pemantauan bermula hari pertama Karnival Aidilfitri beroperasi dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana peniaga yang dikenal pasti melakukan kesalahan itu.
"Saya beri amaran kepada peniaga jika didapati ada yang menjual tapak mereka, kita akan senarai hitamkan peniaga itu dan menarik balik tapak yang berjaya mereka bida," katanya selepas Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.
Badrulhisham berkata pihaknya juga mengalu-alukan aduan daripada orang ramai sekiranya mereka mempunyai maklumat mengenai penjualan tapak kepada orang lain oleh peniaga asal.
"Kita tidak mahu menindas peniaga yang betul-betul mahu berniaga tetapi tidak berjaya mendapat tapak. Diharapkan peniaga dapat menjana keuntungan pada tahun ini memandangkan harga tapak karnival diperoleh dengan murah.
"Sebanyak 58 tapak (jualan) akan menjadi tumpuan di karnival yang akan dibuka di hadapan Pasaraya Yawata, Jitra (sepanjang Ramadan) dan diharapkan peniaga serta pengunjung dapat menjaga kebersihan di tapak karnival berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024

MPKP akan melakukan pemantauan bermula hari pertama Karnival Aidilfitri beroperasi dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana peniaga yang dikenal pasti melakukan kesalahan itu. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Peniaga jangan jual tapak Karnival Aidilfitri kepada pihak lain - MPKP
MPKP akan lakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang melakukan kesalahan itu supaya ia adil kepada semua pihak.