JEMPOL: Seorang peniaga wanita mengalami kerugian sebanyak RM1,500 akibat terperdaya dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai adik iparnya dalam kejadian di Rumah Rakyat Rompin dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang berada di rumah menerima satu panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali iaitu 011-12284996 dan memperkenalkan diri sebagai Shauqi iaitu adik iparnya.
Beliau berkata, lelaki itu kemudian memberitahu bahawa dia ada membuat pinjaman dengan ah long tetapi dia tidak mampu membayarnya.
"Lelaki itu kemudian meminta bantuan pengadu untuk meminjam duit sebanyak RM1,500.
"Sebelum itu, mangsa cuba menghubungi Shauqi di nombor telefon bimbit asal tetapi tidak berjawab. Dia kemudian menghubungi Shauqi di talian 011-12284996 untuk bertanya mengenai wang yang mahu dipinjamnya.
"Mangsa kemudian memindahkan wang sebanyak RM1,500 menerusi perbankan internet Hong Leong Bank ke dalam akaun Maybank bernombor 160149233171 atas nama Elah Ansip Pinjaman Kredit Komuniti Amlesea," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, selepas mangsa memindahkan wang tersebut, dia menerima mesej daripada Shauqi melalui nombor talian sebenar yang menafikan pernah berhubung dengannya untuk meminjam wang.
Berikutan itu, katanya, mangsa membuat laporan polis kerana mengesyaki telah ditipu.
"Siasatan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang penuntut lelaki berusia 22 tahun dari Kampung Kuala Jempol di sini mengalami kerugian sebanyak RM 3,132 akibat terperdaya dengan pelaburan Turing AI.
Menurut Chang Hook, pelaburan itu berkaitan dengan mata wang kripto antaranya membabitkan TRX, ETH, Tadano, FIL, Litecoin, DOT dan EOS.
Beliau berkata, pengadu memperoleh maklumat berkaitan pelaburan Turing AI itu daripada kawannya yang belajar di sebuah universiti awam dan mula menyertainya sejak 2 Ogos lalu.
"Mangsa memaklumkan bahawa dia akan memperoleh pulangan bagi pelaburan yang dibuat sebanyak RM6,264 pada 10 Disember ini.
"Namun masalah mula timbul pada 18 Oktober apabila laman sesawang pelaburan itu tidak lagi dapat berfungsi dan aplikasi Turing AI juga tidak dapat digunakan.
"Sehingga kini pengadu masih tidak pernah menerima keuntungan dalam pelaburan yang telah disertainya selama ini," ujarnya.
Tambah beliau, semakan pada sistem CCIS mendapati terdapat laporan berkaitan pelaburan itu.
"Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," jelas beliau.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Oct 27 2021
![Peniaga ditipu scammer menyamar sebagai adik ipar Peniaga ditipu scammer menyamar sebagai adik ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629197088_scmageneric.jpg)
Lelaki itu memberitahu bahawa dia ada membuat pinjaman dengan ah long tetapi dia tidak mampu membayarnya.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
![Suri rumah rugi RM126,490 terperdaya tawaran kerja palsu Suri rumah rugi RM126,490 terperdaya tawaran kerja palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720537799_PhoneScams.jpg)
Suri rumah rugi RM126,490 terperdaya tawaran kerja palsu
Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM126,490 setelah terperdaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian palsu yang menjanjikan pulangan lumayan.
![Jururawat rugi RM88,700 akibat phone scam Jururawat rugi RM88,700 akibat phone scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718724001_scmageneric.jpg)
Jururawat rugi RM88,700 akibat "phone scam"
Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan "phone scam" yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
![Duit belanja kahwin anak RM20,000 hangus dalam kebakaran Duit belanja kahwin anak RM20,000 hangus dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717138531_kebakaran.jpg)
Duit belanja kahwin anak RM20,000 hangus dalam kebakaran
Sepasang suami isteri bukan sahaja kerugian lebih RM250,000 malah tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran membabitkan lima buah rumah di Kampung Lundang awal pagi Jumaat.
![Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715077375_TanSriAzamBaki.jpg)
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
![Pengurus syarikat berputih mata rugi lebih RM500,000 Pengurus syarikat berputih mata rugi lebih RM500,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707299365_scam.jpg)
Pengurus syarikat berputih mata rugi lebih RM500,000
Lelaki berusia 58 tahun itu pada mulanya telah mengenali seorang wanita yang menggunakan nama samaran, Amy di aplikasi WeChat.
![Pengarah syarikat rugi RM120,000 ditipu scammer guna dokumen kerajaan Pengarah syarikat rugi RM120,000 ditipu scammer guna dokumen kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705221026_scam.jpg)
Pengarah syarikat rugi RM120,000 ditipu scammer guna dokumen kerajaan
Seorang pengarah sebuah syarikat di Bintulu mengalami kerugian kira-kira RM120,000 selepas terperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai wakil sebuah jabatan kerajaan di Miri.
![Kerani wanita rugi RM585,700 terpedaya skim pelaburan tidak wujud Kerani wanita rugi RM585,700 terpedaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688186169_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Kerani wanita rugi RM585,700 terpedaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita "berputih mata" apabila menanggung kerugian sebanyak RM585,700 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
![Lelaki rugi RM58,800 ditipu pelaburan di Telegram Lelaki rugi RM58,800 ditipu pelaburan di Telegram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684388173_scamgeneric.jpg)
Lelaki rugi RM58,800 ditipu pelaburan di Telegram
Hasil siasatan mendapati, pengadu membuat pembayaran lapan kali transaksi secara berperingkat ke dalam lima akaun bank berbeza.
![UiTM Holdings rugi: KPT alu-alukan siasatan, mahu pihak terbabit beri kerjasama UiTM Holdings rugi: KPT alu-alukan siasatan, mahu pihak terbabit beri kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675785026_KHALEDNORDIN.jpg)
UiTM Holdings rugi: KPT alu-alukan siasatan, mahu pihak terbabit beri kerjasama
KPT sentiasa memberi penekanan khusus dalam perkara-perkara melibatkan nilai integriti dan tata kelola dalam tadbir urus universiti.
![Peralihan kepada SST pada 2018 akibatkan kerugian RM20 bilion Peralihan kepada SST pada 2018 akibatkan kerugian RM20 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654654563_PeralihankepadaSST.jpg)
Peralihan kepada SST pada 2018 akibatkan kerugian RM20 bilion
Kerajaan dijangka tidak komited kepada GST walaupun peluang mungkin ada untuk melihatnya kembali.