KUANTAN: Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan "phone scam" yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin berkata pada pertengahan Jun lepas, mangsa telah menerima panggilan daripada individu yang mendakwa akaunnya dalam siasatan polis kerana telah digunakan oleh sindiket dan turut terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram.
"Mangsa telah disambungkan panggilan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan dikatakan turut terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram. Untuk menyelesaikan kes, mangsa telah diarahkan untuk memindahkan wang ke akaun bank yang diberikan.
"Akibat terlalu takut, mangsa membuat 12 transaksi ke dalam tiga akaun bank yang berbeza berjumlah RM88,700 dan sumber kewangan adalah wang simpanannya. Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis di Temerloh," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Noor Hisam turut menasihatkan orang ramai membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan sebaik menerima panggilan meragukan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.
Beliau berkata masyarakat juga boleh membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima terlebih dahulu di https://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan "phone scam" yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC). - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

YKN gerak inisiatif Bilik Kasih Wanita - Nancy
Yayasan Kebajikan Negara bakal menubuhkan Bilik Kasih Wanita di Hospital Umum Sarawak sebagai ruang rehat khas untuk jururawat wanita hospital itu.

KKM tingkat bilangan jururawat pelatih penuhi keperluan industri
Ia melibatkan permohonan daripada anak-anak Sabah, selain menambah kuota jururawat lelaki dan menggalakkan penyertaan pelbagai kaum.

Jururawat mengaku tidak bersalah sebabkan kematian bayi berusia sebulan
Nur Ain Natasha Mohd Sabri, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Jururawat direman seminggu bantu siasatan kematian bayi
Perintah reman hingga Selasa depan terhadap wanita berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Hukuman mati bekas pekerja kilang papan bunuh, rogol jururawat diganti penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati seorang bekas pekerja kilang papan dengan penjara 40 tahun kerana membunuh dan merogol seorang jururawat sembilan tahun lepas.

Jururawat rugi RM88,700 akibat "phone scam"
Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan "phone scam" yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.

Wujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas depani negara menua - Senator
Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan agar kerajaan mewujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas sebagai persediaan mendepani cabaran Negara Menua 2030.

KKM nafi jururawat akan disuntik vaksin Virus X
KKM memaklumkan, maklumat berkenaan tidak tepat dan disifatkan tidak bertanggungjawab.

Britain: Jururawat didapati bersalah bunuh 7 bayi di hospital
Seorang jururawat Lucy Letby didapati bersalah membunuh tujuh bayi dalam unit neonatal ketika bekerja di Hospital Countess of Chester di barat laut England.