TAIPING: Seorang jururawat tidak menyangka tugasan membantu merawat mangsa kemalangan maut di KM262.5, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Changkat Jering di sini pada Jumaat, melibatkan sepupu sendiri.
Normahlina Mohd Nor, 45, yang bertugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar berkata menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
"Sejurus tiba di lokasi, saya terus dapatkan tiga kanak-kanak dan berikan rawatan disebabkan mereka cedera parah. Terdapat seorang lelaki warga emas tersepit (di dalam kenderaan) dan diberikan bantuan oleh bomba manakala isterinya meninggal dunia di lokasi.
"Lokasi kejadian sangat gelap dan pada waktu itu saya masih tidak dapat mengenali bahawa seorang daripada mangsa yang dirawat ialah sepupu yang paling rapat sejak dari kecil iaitu Mohd Fahimi Shaffie," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Taiping di sini semalam.
Normahlina berkata dia hanya mengetahui antara mangsa yang dirawat itu merupakan sepupunya dan anak saudaranya, sebaik dia tiba di Unit Kecemasan Hospital Taiping.
Sementara itu, ibu Mohd Fahimi, Norzarina Ibrahim, 64, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Batu 8, Trong dekat sini, berikutan cuti persekolahan.
"Saya memang menunggu dia (Mohd Fahimi) sekeluarga pulang lagipun kerana mahu buat persiapan terakhir dan hendak hantar saya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi menunaikan haji minggu depan.
"Hajat dia hendak hantar itu tidak lepas dan saya reda dengan kejadian ini. Dia anak yang baik dan lembut," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, Mohd Fahimi, 36, yang merupakan guru Pendidikan Islam Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bagan Datuk dan isterinya, Nor Aserah Ismail, 36, guru Kelas Al-Quran dan Fardu 'Ain (KAFA) meninggal dunia dalam nahas membabitkan tiga kenderaan termasuk Proton Bezza milik mereka.
Dua anak lelaki mangsa berusia lapan dan empat tahun menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh akibat kecederaan parah manakala anak perempuan berusia enam tahun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Seorang penumpang kereta jenis Honda Civic, Haminah Majid, 73, pula disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya yang memandu kenderaan itu, seorang wanita berusia 29 tahun yang merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta dua anaknya berusia lima dan setahun mengalami kecederaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024

Sepasang suami isteri antara tiga terbunuh dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 262.5, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Trong pada Jumaat malam. - Foto JBPM Perak
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.

Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.

Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.

Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.

Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.

Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.

Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Lelaki pandu lawan arus sebabkan kemalangan ditahan
Pemandu Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan pada 4 petang semalam dan hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.