JOHOR BAHRU: Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM126,490 setelah terperdaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian palsu yang menjanjikan pulangan lumayan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan pada Jumaat lepas daripada wanita berusia 44 tahun yang mendakwa ditipu kenalan "alam maya" selepas menawarkan pekerjaan itu.
Beliau berkata mangsa mula mendaftar melalui pautan yang diberi suspek pada awal Mei untuk menjual pakej bilik hotel yang tertera di laman web terbabit, selain perlu membuat pembayaran modal.
"Mangsa dijanjikan komisen hingga 15 peratus daripada harga pakej yang berjaya dijual, manakala komisen 10 peratus pula sekiranya berjaya menjual pakej hotel kurang lima bintang.
"Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan telah membuat 17 transaksi pindahan wang secara dalam talian ke enam akaun berbeza bermula 17 hingga 28 Mei dengan keseluruhan berjumlah RM126,490," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Sohaimi berkata wanita itu hanya sedar ditipu apabila tidak berjaya mengeluarkan wang komisen diterima, sebaliknya suspek meminta mangsa membuat bayaran tambahan.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan seorang lagi suri rumah rugi RM100,000 apabila terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud, sekitar bulan Mac dan April lepas.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata wanita berusia 31 tahun itu berminat dengan pelaburan yang disediakan oleh sebuah syarikat menerusi platform media sosial Facebook.
"Mangsa menghubungi nombor tertera sebelum diarahkan suspek iaitu seorang wanita berusia 30-an yang memberitahu keuntungan sebanyak 50 peratus akan diberi dalam tempoh sebulan selepas pelaburan dibuat.
"Mangsa kemudian bertemu dengan wanita berkenaan pada 30 April lepas sebelum membuat sembilan transaksi berjumlah RM100,000 ke dalam sebuah akaun syarikat," katanya sambil menambah mangsa kemudian membuat laporan polis setelah tidak menerima hasil daripada keuntungan berkenaan.
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024

Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM126,490 setelah terperdaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian palsu yang menjanjikan pulangan lumayan. - Gambar hiasan

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.

Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.