KOTA BHARU: Sepasang suami isteri bukan sahaja kerugian lebih RM250,000 malah tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran membabitkan lima buah rumah di Kampung Lundang awal pagi Jumaat.
Lebih menyedihkan, wang perbelanjaan untuk perkahwinan anak mereka pada September depan berjumlah RM20,000 turut hangus dalam sekelip mata.
Mangsa, Mohd Razali Yusof, 67, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi, dia dan keluarga sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kecil di luar bilik.
Warga emas itu memberitahu melihat api sedang marak dari luar bilik tidurnya dan terus mengejutkan isteri, Masheran Arifin, 57.
"Saya kemudian bergegas mendukung cucu yang berusia sembilan tahun keluar dari rumah tanpa sempat menyelamatkan barang-barang penting lain," katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran.
Mohd Razali berkata, musibah itu turut mengakibatkan barang kemas isterinya yang dianggarkan lebih RM50,000 hangus, selain Proton Prevenya dan Proton Persona serta motosikal Yamaha Y15ZR milik anaknya turut hangus 100 peratus.
Bagaimanapun, Mohd Razali bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat.
Sementara itu, juruteknik elektrik, Mohd Shahrulnidzam Abdullah, 31, bersama empat ahli keluarganya terpaksa keluar melalui tingkap apabila api dari rumah jirannya merebak ke pintu utama kediaman mereka.
Jelasnya, ketika itu dia sedang nyenyak tidur dan tiba-tiba terasa bahang panas namun menyangka pendingin hawa rumahnya rosak.
Bagaimanapun, keadaan yang terlalu panas menyebabkan dia bangun dan ternampak api sedang marak dari rumah jiran.
"Saya terus berteriak mengejutkan ibu bapa, adik dan seorang anak saya berusia tiga tahun sebelum bergegas keluar melalui tingkap rumah untuk menyelamatkan diri," katanya.
Mohd Shahrulnidzam memberitahu, kebakaran itu mengakibatkan kereta Perodua Kelisa hangus.
"Lebih menyedihkan, kereta Perodua Bezza yang baru dibeli tiga bulan lalu dan sebuah motosikal terpakai Honda Beat yang saya beli petang semalam (Khamis) turut terbakar dan rosak teruk," katanya.
Tambahnya, wang simpanan mereka berjumlah RM12,000 turut hangus.
"Kami semua bersyukur kerana tidak melibatkan sebarang kecederaan dan buat masa ini akan menumpang di rumah saudara terdekat," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, Shaari Mat Yaman yang mendapat maklumat berkaitan kejadian itu turut hadir meninjau lokasi kebakaran dan bertanya khabar mangsa yang terlibat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 31 2024
Lokasi kebakaran yang memusnahkan lima buah rumah di Kampung Lundang awal pagi Jumaat.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.
ASEAN perlu cipta acuan sendiri, bukan ikut rentak barat - Muhammad Yunus
Profesor Muhammad Yunus, Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, menyarankan agar ASEAN mencipta acuan sendiri dalam pelbagai aspek dan tidak terikut rentak Barat. Beliau menekankan bahawa model memaksimumkan keuntungan demi pertumbuhan tidak lagi relevan. Sebaliknya, pertumbuhan yang boleh diagihkan kepada rakyat terbanyak adalah acuan terbaik.
Industrial Star Rating: Will it help the Malaysian industrial sector?
Discover how the star rating system could transform Malaysian industrial parks, enhance global competitiveness, and strengthen supply chain resilience in strategic sectors with insights from Director, Research Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
BRICS & Hubungan ASEAN-China: Pendekatan Malaysia di WEF 2025
Penerangan:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pembaharuan struktur kewangan global melalui IMF dan PBB sambil menekankan pentingnya BRICS dalam dialog Selatan Global. Beliau juga menegaskan peranan ASEAN, hubungan strategik dengan China, dan kepentingan Malaysia sebagai negara perdagangan bebas di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
AWANI Ringkas: Struktur kewangan IMF & PBB perlu pembaharuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kehadiran majlis sosial, agama dan rasmi tidak lagi 250 orang mulai 15 Julai
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju mempertimbangkan semula had maksimum pengunjung dan peserta yang ditetapkan sebelum ini.