KUALA LUMPUR: Seorang peniaga char kuetiau dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya berusia 13 tahun di dalam bilik sebuah hotel, awal bulan ini.
Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki berumur 44 tahun itu, serta memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap pada 4 Jun lepas dan menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan serta pengawasan selama setahun selepas tamat tempoh hukuman.
Tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun empat bulan dengan menyentuh kemaluan mangsa bagi tujuan seksual di dalam bilik sebuah hotel di Bandar Tasik Selatan di sini pada 12.44 tengah malam, 3 Jun.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta sebagai tambahan hukuman bagi Seksyen 16(1) itu, boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dihukum sebatan tidak kurang dua sebatan.
Mengikut fakta kes, mangsa dari Bagan Serai, Perak sepatutnya menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan untuk pergi ke sebuah sekolah di Johor Bahru, namun apabila mangsa dan tertuduh tiba di terminal bas itu pada 2 Jun, tertuduh memberitahu mangsa bahawa tiket bas telah habis dijual dan hanya ada pada keesokannya (3 Jun).
Mereka kemudian menginap di sebuah hotel dan semasa berada di dalam bilik itu, tertuduh meminta mangsa merapatkan kedua-dua katil tetapi mangsa enggan kerana berasa tidak selesa.
Bagaimanapun, tertuduh tetap merapatkan kedua-dua katil itu dan mangsa yang tidur pada malam itu terjaga daripada tidurnya apabila menyedari tertuduh menyentuh kemaluan mangsa.
Mangsa mengadu kepada kakak kandungnya melalui WhatsApp dan satu laporan polis dibuat sebelum tertuduh ditangkap.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh selain mengambil kira tertuduh dalam kes ini merupakan bapa tiri mangsa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak tirinya meskipun tiada pertalian darah.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024

Hakim memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh ditangkap pada 4 Jun lepas dan menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Peniaga dipenjara empat tahun, dua sebatan lakukan amang seksual anak tiri
Seorang peniaga char kuetiau dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak tiri.