Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat menetapkan 10 Feb depan sebagai tarikh pengurusan kes terakhir bagi kes bunuh pegawai operasi dan rompakan bersenjata di cawangan Ambank Subang Jaya.
Pendaftar Mahkamah Tinggi Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut di depannya hari ini.
Peguam S Selvi, yang dilantik Kedutaan Indonesia mewakili La Ode Ardi Rasila, berkata tarikh itu diputuskan bagi membolehkan pihak pembelaan memperoleh dokumen berkaitan laporan kimia, salinan kamera litar tertutup serta memutuskan mahkamah tinggi yang akan mendengar kes berkenaan.
Beliau berkata peguam S Prakash akan menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa.
La Ode Ardi, 36, dihadapkan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 19 Nov lepas atas dua pertuduhan iaitu membunuh Norazita Abu Talib, 37, dan melakukan rompakan serta melepaskan tembakan dengan niat menyebabkan kematian mangsa di dalam bangunan Ambank di Subang Jaya antara 6 dan 6.30 petang, 23 Okt lepas.
Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Majistret K.B Elina Hong Tze Lan memerintahkan kedua-dua kes itu dipindah ke Mahkamah Tinggi di sini selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan.
Bernama
Fri Jan 24 2014
Gambar fail ketika tertuduh ditahan pada November tahun lalu. --fotoBERNAMA
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Tembak pegawai bank: La Ode terlepas hukuman gantung
La Ode dijatuhkan hukuman penjara 38 tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bunuh pegawai AmBank: Mahkamah kekalkan hukuman mati terhadap La Ode
Seorang bekas pengawal keselamatan warga Indonesia gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati.
Bunuh pegawai AmBank: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap bekas pengawal keselamatan kerana membunuh pegawai AmBank Norazita Abu Talib.
Suami pegawai Ambank yang maut ditembak syukur arwah isteri dapat pembelaan
Irwan Kamaruddin, suami pegawai Ambank Norazita Abu Talib yang maut ditembak bersyukur kerana isterinya mendapat pembelaan sewajarnya berikutan pensabitan hukuman mati ke atas tertuduh kes itu.
Pembunuh Norazita dihukum mati
Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Subang Jaya, Norazita Abu Talib, hari ini, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Pengurusan kes bunuh pegawai Ambank pada 10 Feb
Tarikh itu diputuskan bagi membolehkan pihak pembelaan memperoleh dokumen berkaitan laporan kimia, salinan kamera litar tertutup serta memutuskan mahkamah tinggi yang akan mendengar kes berkenaan.