Seorang bekas pengawal keselamatan warga Indonesia gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati bagi kesalahan membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya Norazita Abu Talib, lebih dua tahun lepas.
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan La Ode Ardi Rasila terhadap sabitan dan hukuman mati bagi kesalahan membunuh itu.
Panel hakim turut menolak rayuan warga Indonesia berumur 39 tahun itu terhadap sabitan dan hukuman mati bagi satu lagi pertuduhan mengikut Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melakukan rompakan dan sengaja melepaskan tembakan dengan senapang patah.
La Ode, yang memakai pakaian penjara warna putih-merah kelihatan tenang semasa mahkamah menyampaikan keputusan itu.
Hakim Raus berkata Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah meneliti pembelaan La Ode dan Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai sebarang alasan untuk membuat keputusan sebaliknya.
"Pihak pembelaan tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.
Sabitannya adalah kukuh," kata Hakim Raus yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma'arop, Tan Sri Hasan Lah dan Datuk Zaharah Ibrahim.
Peguam Gooi Soon Seng yang mewakili La Ode, sebelum itu berhujah anak guamnya bukan melepaskan tembakan itu secara sengaja tetapi mengacukan senapang itu untuk menarik perhatian Norazita dan rakan setugasnya untuk memberitahu mereka yang dia akan merompak bank itu.
"Dua wanita itu sedang meletakkan wang ke dalam bilik kebal. Dia berada dalam keadaan resah. Dia sangat gelisah. Anak guam saya kata dia hanya acukan senapang itu dan tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.
Gooi berkata La Ode memang berniat untuk merompak tetapi tidak berniat untuk menyebabkan kematian Norazita.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman berhujah mustahil untuk La Ode melepaskan tembakan tanpa niat.
Beliau berkata ini kerana sebelum dia memetik picu, dia perlu meletakkan pin keselamatan dalam kedudukan "tembak".
Pada 14 Ogos, 2014, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati selepas mendapati La Ode bersalah terhadap dua pertuduhan itu.
Dia melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam bangunan AmBank cawangan Subang Jaya di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya, antara 6 petang dan 6.30 petang pada 23 Okt, 2013.
Dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Julai tahun lepas.
La Ode mempunyai satu lagi pilihan iaitu merayu kepada Lembaga Pengampunan terhadap hukuman mati dihadapinya
Bernama
Mon Feb 29 2016
Panel hakim turut menolak rayuan warga Indonesia berumur 39 tahun itu terhadap sabitan dan hukuman mati bagi satu lagi pertuduhan mengikut Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Najib tidak persoal Ambank tentang jumlah besar wang 'keluar masuk' dalam akaun peribadinya
Tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap bank itu atas dakwaan dana dikredit dan didebit secara salah ke akaunnya.
AmBank beri moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Moratorium itu merangkumi ansuran bulanan atau pembayaran balik bagi semua fasiliti pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit.
Moratorium berakhir: AmBank tawar bantuan pembayaran balik pada hujung minggu
Ambank menawarkan bantuan pembayaran balik pada hujung minggu melalui Ambank Assist.
AmBank akan agih RM20 bilion pinjaman PKS dalam tempoh 3 tahun
Kumpulan AmBank menyedari keperluan untuk bergerak lebih jauh lagi dalam membantu syarikat dengan pembiayaan.
Here are the three considerations we had when we did the Budget - Tony Pua
Damansara MP Tony Pua explained the three major considerations on what went into the development and execution of Budget 2019.
Kumpulan AmBank akan siasat CAGM
Kumpulan AmBank akan menyiasat kumpulan yang menggelarkan diri mereka Citizens for Accountable Governance (CAGM) di atas penipuan yang dilakukan organisasi itu.
Najib dinasihat berehat sementara siasatan dakwaan WSJ dijalankan
Najib Tun Razak dinasihatkan berehat daripada menguruskan sebarang tugas pentadbiran negara ketika siasatan ke atas dakwaan Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran AS$700 juta ke akaunnya.
Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang
Penasihat DAP menggesa polis membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon Julai 2013 lalu.
'Kenapa Najib tak nafi akaun AmBank itu bukan miliknya?' - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar mempersoal mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan nombor akaun AmBank yang dilaporkan WSJ.
'BAFIA halang AmBank, BNM dedah pemilik akaun kontroversi' - Khalid Ibrahim
Pihak AmBank atau BNM disifatkan tidak boleh mendedahkan nombor akaun yang didedahkan Wall Street Journal yang didakwa atas nama Najib wujud atau sebaliknya.