KUALA LUMPUR: Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia menjalin kerjasama rapat dalam pengurusan iklim dengan tujuan mencapai pembangunan lestari dan memelihara alam sekitar yang menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi lestari.
Kerjasama strategik antara kedua-dua negara mencerminkan visi bersama yang kuat untuk mengatasi cabaran global yang berkaitan dengan perubahan iklim selain mempromosikan kemajuan iklim yang lebih realistik.
Selain itu, kedua-dua negara juga sedang berusaha memperkukuhkan usaha global dan inisiatif antarabangsa untuk mencari penyelesaian bagi menghadapi perubahan iklim.
Sehubungan itu, UAE berharap Malaysia turut serta secara aktif dalam aktiviti persidangan ke-28 Majlis Perundingan Pihak Berkepentingan Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu "COP28".
Aspirasi yang sama turut dikongsikan tentang keperluan untuk mematuhi pelaksanaan Perjanjian Iklim Paris yang memberikan komitmen dalam mengurangkan suhu global kepada lebih rendah daripada dua darjah Celsius dan secara serius berusaha untuk membatasi suhu global agar tidak melebihi 1.5 darjah.
Antara lain, kerjasama UAE dan Malaysia dalam pengurusan iklim termasuk pertukaran kepakaran dan pengalaman, pemindahan teknologi alam sekitar, pembangunan infrastruktur hijau, dan kemajuan kelestarian alam sekitar bersama.
Baru-baru ini, syarikat tenaga Masdar yang berpengkalan di Abu Dhabi, UAE menandatangani perjanjian dengan Petronas Malaysia yang merangkumi pelbagai perbincangan mengenai peluang kerjasama dengan tumpuan kepada projek tenaga boleh diperbaharui pada peringkat utiliti, termasuk projek tenaga solar darat dan terapung, selain daripada pembangunan projek tenaga angin lepas pantai di Asia dan kawasan lain yang berpotensi dan pelaburan dalam teknologi lain.
Fahmi Izuddin
Wed May 24 2023
Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia menjalin kerjasama rapat dalam pengurusan iklim dengan tujuan mencapai pembangunan lestari dan memelihara alam sekitar yang menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi lestari.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.
10 maut tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo
Sekurang-kurangnya 10 orang, kebanyakannya kanak-kanak maut manakala tiga lagi cedera selepas kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo.
COP29: Negara kaya akhirnya setuju sumbang AS$300 bilion setahun hadapi krisis iklim
Negara-negara maju akhirnya bersetuju menyediakan AS$300 bilion setiap tahun menjelang 2035 kepada negara membangun bagi membantu mereka menghadapi impak perubahan iklim yang semakin parah.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
COP29 gesa negara maju beri sumbangan, transformasi tenaga hijau tidak akan berjaya tanpa dana - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
COP29 kini digelar sebagai COP Pendanaan kerana tumpuan utama yang jelas terhadap keperluan memenuhi komitmen sumbangan kepada dana iklim.
Manfaatkan kebijaksanaan Orang Asli tangani ketidaktentuan alam - Pakar
Kebijaksanaan Orang Asli mendepani pelbagai cabaran dan ketidaktentuan alam perlu dijadikan contoh dalam modul latihan berkaitan kelangsungan kepada komuniti.
Malaysia perlu bantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu - Pakar
Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu memandangkan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara sedang pesar dibangunkan.
COP29: Tidak perlu anjur COP30 jika pemimpin tidak tegas soal penuhi ikrar dana iklim - Datuk Bandar KL
Pemimpin-pemimpin dunia perlu tegas untuk memuktamadkan perihal pendanaan iklim yang sudah dibincangkan sejak Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP) edisi-edisi lalu.
PBB desak tindakan segera tangani krisis iklim untuk lindungi negara pulau kecil
Antnio Guterres, menggesa dunia untuk meningkatkan pembiayaan bagi Dana Kerugian dan Kerosakan yang ditubuhkan bagi membantu negara-negara pulau kecil terjejas akibat perubahan iklim.
COP29: AS jamin tetap komited tangani pemanasan global
Tahun 2024 mungkin akan memecahkan rekod suhu baharu dan matlamat Perjanjian Paris kini berada dalam bahaya besar.