JOHOR BAHRU: Seorang pengurus stor sebuah syarikat swasta kerugian RM624,447.76 selepas terperdaya dengan sindiket yang menawarkan pekerjaan sambilan secara dalam talian tidak wujud empat bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pekerja lelaki warga tempatan berusia 46 tahun itu melihat iklan pekerjaan sambilan dengan cara menyiapkan tugasan tempahan hotel melalui pautan di laman sesawang yang dijanjikan pulangan berserta komisen.
Beliau berkata mangsa tertarik dengan tawaran itu dan kemudiannya melakukan tugasan sepertimana diterangkan oleh pihak khidmat pelanggan di laman sesawang itu bermula 29 Ogos lepas.
"Mangsa yang teruja apabila menerima komisen ketika melakukan tugasan awal telah melakukan 26 transaksi bayaran kepada 26 akaun berlainan dengan jumlah keseluruhan RM624,447.76.
"Bagaimanapun, mangsa mula curiga dan percaya telah ditipu apabila komisen yang dijanjikan tidak dapat dikeluarkan serta laman web terbabit tidak dapat diakses, sebelum membuat laporan polis semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu dalam kes berlainan, Mohd Sohaimi berkata seorang wanita warga emas kerugian RM420,000 selepas tertipu dengan skim pelaburan dalam talian yang boleh mendatangkan keuntungan.
Beliau berkata mangsa berusia 78 tahun itu telah melihat satu iklan di laman Facebook yang memaparkan skim pelaburan tersebut pada September lepas.
"Mangsa yang tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan melalui tontonan panduan pelaburan tersebut, telah membuat beberapa transaksi bayaran ke empat akaun berlainan bermula Oktober hingga 20 Nov dengan nilai keseluruhan RM420,000.
"Wanita itu mula merasa curiga dan percaya ditipu apabila tidak menerima sebarang keuntungan sebagaimana dijanjikan," katanya.
Beliau berkata kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
![Pengurus stor rugi lebih RM600,000 ditipu tawaran kerja sambilan Pengurus stor rugi lebih RM600,000 ditipu tawaran kerja sambilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699604432_scmageneric.jpg)
Mangsa mula curiga dan percaya telah ditipu apabila komisen dijanjikan tidak dapat dikeluarkan serta laman web terbabit tidak dapat diakses. -Gambar hiasan
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Pengurus stor rugi lebih RM600,000 ditipu tawaran kerja sambilan Pengurus stor rugi lebih RM600,000 ditipu tawaran kerja sambilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699604432_scmageneric.jpg)
Pengurus stor rugi lebih RM600,000 ditipu tawaran kerja sambilan
Mangsa mula curiga dan percaya telah ditipu apabila komisen yang dijanjikan tidak dapat dikeluarkan serta laman web terbabit tidak dapat diakses.