PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM42 juta ke atas seorang pegawai kanan polis atas lapan kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM3.35 juta.
Tiga hakim Mahkamah Rayuan Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah yang bersidang hari ini, membenarkan rayuan pihak pendakwaan bagi meningkatkan lagi hukuman penjara yang sebelum ini telah dijatuhkan terhadap DSP Mohd Ismail Syed Merah.
Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada Mohd Ismail, 59.
Mahkamah juga membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengenakan denda berjumlah RM42 juta ke atas Mohd Ismail dan jika gagal dibayar, dipenjara 48 bulan.
Sementara itu mahkamah juga menolak rayuan Mohd Ismail untuk mengugurkan pensabitan kesalahan dan hukuman penjara yang telah dikenakan ke atasnya.
Dalam keputusan sebulat suara itu, Hakim Nordin berkata mahkamah mengenakan hukuman tambahan terhadap Mohd Ismail itu bagi mencerminkan betapa seriusnya kesalahannya itu.
Beliau berkata Hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dalam mendapati bahawa wang yang dirampas daripada rumah Mohd Ismail, diperoleh daripada aktiviti haram.
Tambah beliau, Mohd Ismail sebagai seorang pegawai polis yang diamanahkan untuk menegakkan undang-undang telah mengkhianati amanah itu dan melindungi operator judi haram.
Hakim Nordin berkata adalah munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa wang RM1.2 juta dan 8,178,000 rupiah yang ditemui dalam beberapa kotak di rumah Mohd Ismail adalah wang, antara lain daripada dua operator aktiviti perniagaan judi haram untuk dia (Mohd Ismail) tidak mengambil sebarang tindakan ke atas aktiviti judi haram itu.
"Gajinya sebagai seorang pegawai polis hanyalah RM6,000 sebulan dan dibayar ke dalam akaunnya dan bagaimana dia boleh menyimpan sejumlah wang yang banyak itu," katanya.
Mohd Ismail didakwa dengan lima pertuduhan pertama iaitu menggunakan wang yang hasil aktiviti haram, masing-masing melibatkan RM10,143.37; RM40,000; RM6,283.09; RM993,716.91 dan RM500,000, untuk membeli dan menambah pelaburan dalam Pelan Perlindungan Insurans Takaful Life dan Pelan TakafulLink yang didaftarkan di atas namanya serta anak kandung, Nur Aqillah Mohd Ismail.
Dua pertuduhan lain pula berkaitan melakukan pengubahan wang haram RM499,620 dan RM29,950 menggunakan akaun pihak ketiga milik Tan Kim Tee.
Mohd Ismail didakwa melakukan kesalahan itu antara 4 Sept 2014 hingga 28 Dis 2015 di tiga lokasi berlainan iaitu di bangunan MAA Takaful, Jalan Tun Razak di sini serta dua bank, masing-masing RHB dan CIMB di Jalan Rahmat dekat Batu Pahat.
Dia dituduh dengan lapan pertuduhan memiliki RM1.27 juta dan 8,178,000 rupiah di rumahnya yang diperolehi menerusi aktiviti haram.
Pada 2019, Mahkamah Sesyen Johor Bahru melepas dan membebaskan Ismail daripada semua pertuduhan berkenaan. Bagaimanapun pada 2020 Mahkamah Tinggi mendapati dia bersalah atas semua kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun untuk setiap kesalahan dan dikenakan secara serentak.
Ismail akan memulakan hukuman penjara dua tahunnya untuk pertuduhan ketiga dan keempat selepas dia melengkapkan hukuman penjara selama setahun, untuk pertuduhan pertama dan keduanya.
Bagi pertuduhan kelimanya Mohd Ismail dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua tahun lagi untuk pertuduhan keenam. Dia dikenakan hukuman penjara setahun untuk pertuduhan ketujuh dan dua tahun unuk pertuduhan kelapan.
Kesemua hukuman untuk pertuduhan itu dikenakan secara berturut-turut dan bermula selepas Mohd Ismail melengkapkan hukuman penjara untuk pertuduhan ketiga dan keempat.
Mahkamah mengenakan Mohd Ismail denda RM5 juta atau penjara enam bulan untuk setiap satu daripada tujuh pertuduhan dan denda RM7 juta atau penjara enam bulan untuk pertuduhan kelapan.
Mohd Ismail diwakili pasukan peguam diketuai Datuk Wan Azmir Wan Majid, manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Mohd Fairuz Johari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada Mohd Ismail, 59. - Gambar hiasan
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.
Peniaga wanita rugi hampir RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Mangsa diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.
Kes 1MDB: Nasib Najib diketahui esok
Mahkamah Tinggi esok akan memutuskan sama ada Najib dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperolehi suapan dan tuduhan pengubahan wang haram.
Peniaga rugi hampir RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Lelaki berusia 42 tahun itu diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai MCMC dan polis kononnya terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
Pertuduhan elak cukai salah, langgar hak asasi Rosmah di bawah Perlembagaan - Peguam
Pertuduhan pengubahan wang haram dan mengelak cukai terhadap Datin Seri Rosmah Mansor harus dibatalkan kerana ia salah di sisi undang-undang, kata peguamnya.
Op Global: 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISB dibeku - KPN
Sebanyak 206 akaun berkait Global Ikhwan Services and Business (GISB) yang melibatkan nilai lebih RM1.35 juta dibekukan, setakat ini.
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai.
Transaksi perniagaan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf adalah sah, tidak mencurigakan - Saksi
Ditanya peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Wan Saiful, Ahmad Arabbi bersetuju bahawa transaksi itu adalah sah.