PUTRAJAYA: Penguatkuasaan bersepadu Op Jamin akan diteruskan agar kekurangan bekalan beras negara dapat diatasi segera dan dipulihkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata Op Jamin yang bermula sejak 7 Julai lepas telah melakukan 37 pemeriksaan membabitkan 2,322 premis kilang, borong dan runcit di seluruh negara, dengan 142 aduan diterima melibatkan isu bekalan serta harga beras.
"Antara aduan yang banyak diterima adalah berkaitan jurang harga yang sangat tinggi antara beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI).
"Ini menyebabkan peniaga dan pengusaha kedai makanan beralih kepada BPT sebagai pilihan beras yang murah hingga menyebabkan bekalan BPT kurang di pasaran, lebih-lebih lagi di Sabah, Sarawak dan Labuan," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) di sini hari ini.
Pada 7 Julai lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bekerjasama bagi menjalankan Op Jamin bertujuan menguat kuasa dan memantau bekalan beras di seluruh negara.
Ahmad Zahid berkata pada mesyuarat itu, beliau turut berpandangan bahawa stok penimbal beras negara hanya perlu digunakan bersama stok beras semasa sekiranya situasi bekalan beras dalam negara tidak dapat dipulihkan dalam jangka masa terdekat.
"Saya juga menegaskan agar gerakan bersepadu rentas kementerian terus dilaksanakan khususnya Jualan Rahmah, Jualan Agro MADANI dan MyGrocer@Wilayah dan diperluaskan di peringkat Dewan Undangan Negeri serta Parlimen di setiap negeri," katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Katanya, pelbagai inisiatif dan program bagi memastikan ketersediaan dan keberadaan beras tempatan telah dijalankan kerajaan antaranya Program Khas Beras Putih Tempatan yang menyaksikan unjuran tambahan BPT sebulan sebanyak 23,000 tan metrik.
Beliau berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) juga telah dipertanggungjawabkan untuk membekalkan beras di kawasan yang mengalami gangguan dan melancarkan talian hotline bagi pengguna melaporkan isu serta masalah berkaitan bekalan serta penyelewengan beras.
Mengenai bekalan ayam dan telur ayam, Ahmad Zahid berkata KPKM telah diarah agar jaminan terus diberikan bagi ketersediaan bekalan dan kestabilan harga ayam dan telur ayam di peringkat ladang untuk memastikan keberadaan bekalan itu di peringkat borong serta runcit.
"KPDN juga akan memastikan kekerapan pemantauan penguatkuasaan terhadap harga dan bekalan sepanjang masa," katanya.
Menerusi mesyuarat itu juga, Ahmad Zahid berkata beliau turut mencadangkan semua agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) khususnya Lembaga Kemajuan Wilayah untuk memulakan penanaman kekacang (legum) bagi mengurangkan kos import makanan ayam.
Menurutnya, cadangan berkenaan telah dibincangkan di Sabah dan Sarawak untuk tujuan penggunaan tanah negeri dan telah dipersetujui untuk mewujudkan jalinan kerjasama pintar KPKM bagi memastikan harga dan bekalan ayam sentiasa stabil.
Legum merupakan tumbuhan dari kumpulan Fabaceae atau buah yang tumbuh secara agrikultur. Ia digunakan sebagai makanan manusia, ternakan dan baja hijau untuk meningkatkan kesuburan tanah.
Kerajaan mengumumkan telah membelanjakan kira-kira RM3.77 bilion untuk subsidi ayam dan telur ayam bagi memastikan bekalan dan harga ayam dan telur ayam kekal stabil bagi tempoh 2022 hingga 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 5 bagi tahun 2023 di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan rasmi ke UAE bermula 13 Nov
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 13 hingga 19 November ini.
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.