Peluasan perkhidmatan penghantaran makanan ke daerah Beaufort sejak awal bulan ini dilihat satu rahmat buat anak muda di kawasan itu.
Sudah pasti senario itu baik dalam menjana peluang pekerjaaan baharu buat belia di kawasan tersebut tanpa perlu keluar daerah untuk mencari rezeki.
Bagi Mohd Assarie Akmat, peluasan perkhidmatan penghantaran makanan di Beaufort sejak awal Ogos lalu dilihat satu pintu rezeki baharu buat dirinya.
Dia yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19 nyata bersyukur dengan peluang itu.
"Mula-mula tidak banyak pesanan yang diterima, tetapi Alhamdulillah apabila ramai masyarakat yang tahu, pesanan sudah banyak diterima.
"Saya rasa seronok dengan perkara ini. Apabila banyak pesanan diterima, banyak juga pendapatan kami," katanya ketika ditemui di Pekan Beaufort.
Dengan pendapatan purata RM40 ke RM50 sehari sudah cukup untuk menggembirakan Mohd Assarie.
Tidak perlu keluar daerah, pendapatan dapat dijana dan kongsi bersama ahli keluarga.
Bagaimanapun, dia mengharapkan supaya jajaran internet dapat lebih diperluas bagi memudahkan pesanan itu diakses di kampung-kampung terpencil di Beaufort.
Sementara itu, pandangan mengenai jaringan internet itu turut disokong seorang lagi penghantar makanan, Mohd Syahrieyan Omar, 18 tahun.
Katanya, selain jaringan internet, masalah jalan berlubang turut menyusahkan para penghantar makanan menyampaikan khidmat mereka kepada pelanggan.
"Sebelum ini saya hanya penjaja di tepi jalan. Saya memohon menjadi penghantar makanan dan Alhamdulillah, saya rasa seronok dengan gaji purata yang saya terima, iaitu RM80 sehari, tertakluk kepada jumlah pesanan.
"Cuma apabila kita hantar pesanan, kadang-kadang tidak dapat jejak rumah itu, sebab jaringan internet tidak kuat, selain masalah jalan berlubang," katanya.
Sudah pasti, dengan adanya perkhidmatan seperti ini, peluang anak muda bekerja semakin luas di kampung halaman masing-masing.
Assim Hassan
Sun Aug 23 2020
Mohd Syahrieyan (kiri) dan Mohd Assarie (kanan) syukur dengan pendapatan yang mereka perolehi melalui pekerjaan sebagai penghantar makanan. - Astro AWANI
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Anak muda sanggup rentas sempadan, guna laluan tidak sah untuk berhibur di Thailand
Mereka biasanya bertindak memarkir kenderaan di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand.
TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.
SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang
Sabah bakal menampilkan 90 peratus atlet muda dan muka baharu dalam saingan lawan pedang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak bulan depan.
PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - SPR
Peratusan anak muda keluar mengundi pada PRK Sungai Bakap pada sebelah pagi dilihat agak memberangsangkan.
RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda
RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.
Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi
Usaha 'meremajakan' PKR yang menginjak usia 25 tahun perlu terus dilaksana dengan memastikan setiap dasar, program dan aktiviti parti memenuhi aspirasi anak muda pada masa ini.
Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.
Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.
Pemilu 2024: Visi calon presiden untuk anak muda masih kabur - Wakil Pelajar Indonesia
Visi calon-calon presiden dalam Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk anak muda ketika ini masih belum jelas.
Usaha kekalkan semangat muafakat perlu bermula dari rumah - Bryan Ng
Ibu bapa memainkan peranan penting kerana anak-anak mencontohi dan mempelajari setiap amalan dan percakapan yang ditunjukkan oleh orang tua mereka.