PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pengguna TikTok, semalam kerana mendakwa suruhanjaya itu menawarkan RM10 juta kepada bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang ditahan baru-baru ini.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki menjelaskan, pihaknya telah memanggil individu berkenaan dan menahannya di pejabat SPRM Putrajaya pada jam 3.30 petang Rabu.
Lelaki itu ditahan mengikut Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan.
"Kita telah ambil tindakan siasatan terhadap orang ini, dan semalam dia telah ditahan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Khamis.
BACA: Jana Wibawa: 'Itu tuduhan liar, tidak bertanggungjawab' - Azam Baki
Tegas Azam lagi, perbuatan individu berkenaan tidak boleh dimaafkan kerana membuat tuduhan yang telah merosakkan reputasi SPRM.
"Walaupun dia telah membuat permohonan maaf di Facebooknya, namun saya tegaskan sekali lagi, saya secara peribadi tidak ampunkan orang begini yang merosakkan reputasi SPRM dengan membuat tuduhan liar.
"Kalau nak cakap secara gurau, mana saya nak ambik RM10 juta dan beri kepada Wan Saiful Wan Jan?
"Akibat daripada kenyataannya itu, ia telah menimbulkan satu spekulasi yang amat tidak baik kepada SPRM dan benda ini tidak boleh dipadamkan," ujarnya.
Malah, masih ramai masih mempercayai kenyataan tidak benar dibuat lelaki berkenaan.
Rahimah Abdullah
Thu Feb 23 2023
Tan Sri Azam Baki menjelaskan, pihaknya telah memanggil individu berkenaan dan menahannya di pejabat SPRM Putrajaya pada jam 3.30 petang Rabu. - Foto Astro AWANI
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
ATM lakukan siasatan penuh insiden di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
PR1MA: Projek sakit dijangka siap menjelang hujung tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ atau bermasalah di seluruh negara akan disiapkan menjelang hujung tahun ini.
Syarikat pembinaan perlu ada sijil ISO antirasuah dalam tempoh dua tahun - SPRM
Syarikat sektor pembinaan di negara ini diingatkan untuk memiliki pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah ISO 37001 (ABMS) dalam tempoh dua tahun dari sekarang.
SPRM siasat syarikat warga Bangladesh terlibat sindiket 'counter setting'
Azam berkata syarikat ini dikesan membawa masuk pekerja dari Bangladesh secara tidak sah, dengan menyamar sebagai pelancong.
SPRM tidak terlibat siasatan GISB - Azam Baki
SPRM menegaskan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
"Counter setting": Imigresen teliti, laksana reformasi proses kerja - KP Imigresen
Jabatan Imigresen akan meneliti dan akan melaksanakan reformasi proses kerja serta penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh.
Pegawai imigresen kaunter KLIA dicadangkan tidak guna telefon bimbit - Azam Baki
Ia bagi memastikan sindiket 'counter setting' yang membawa masuk warga asing melalui 'laluan kaunter khas' tidak berulang.
SPRM jumpa wang tunai hampir RM800,000 dalam bilik tidur pegawai imigresen
SPRM mendedahkan hampir RM800,000 wang tunai dijumpai di bilik tidur dua pegawai imigresen yang terlibat dalam sindiket "counter setting".
Sindiket 'counter setting': 49 pegawai imigresen, seorang polis, 10 ejen ditahan - SPRM
SPRM menahan 50 penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara.
Op Pump: SPRM tunggu masa sesuai tahan dalang utama
Suspek dalam Op Pump itu masih berada di negara ini namun belum dapat ditahan kerana berhadapan masalah hubungan kerja dengan pihak berkuasa di Bangladesh.
Kes GISB: SPRM tidak lihat unsur rasuah dalam siasatan - Azam Baki
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan PDRM terhadap rumah amal GISB.