Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan jenayah yang ditahan lewat malam Rabu di Nilai, Negeri Sembilan menerima wang hasil peras ugut lebih RM300,000 sebulan sejak beberapa tahun lalu.
Menurut sumber yang rapat dengan siasatan, pengerusi bergelar Datuk itu melakukan peras ugut terhadap pengusaha judi ekor haram di seluruh negara.
"Antara pengusaha kedai judi ekor haram yang diugut berada di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
"Jumlah tertinggi yang dibayar pengusaha judi ekor haram kepada Datuk berkenaan mencecah RM25,000 sebulan," kata sumber berkenaan kepada Astro AWANI.
Sumber berkenaan turut memaklumkan siasatan polis juga mendapati suspek merupakan ahli kumpulan kongsi gelap 36 namun tidak memaklumkan sejauh mana penglibatannya dalam kumpulan haram itu.
Terdahulu pengerusi yang lantang menentang aktiviti judi, maksiat dan kongsi gelap itu ditahan ketika sedang menerima wang daripada pengusaha judi ekor haram.
Menurut laporan Berita Harian dalam versi dalam taliannya, pengerusi terbabit yang berusia dalam lingkungan awal 30-an ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pada jam 10.50 malam Rabu, di Plaza Tol Nilai.
Sebelum ditahan, individu terbabit dilaporkan sedang bertemu dengan pengadu yang juga dipercayai bertanggungjawab menjalankan aktiviti judi ekor haram.
Bagaimanapun, kerana tidak tahan akibat sering diperas ugut oleh Datuk tersebut sebanyak RM25,000 sebulan, mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis.
"Mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Datuk berkenaan melakukan ugutan ke atasnya sekiranya tidak mahu kegiatan mangsa didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis," lapor akhbar itu yang turut mendapatkan pengesahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh berhubung penangkapannya.
Hakim Rahman
Wed Jun 22 2016

Sebelum ditahan, individu terbabit dilaporkan sedang bertemu dengan pengadu yang juga dipercayai bertanggungjawab menjalankan aktiviti judi ekor haram. -Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pengerusi NGO berkaitan jenayah terima RM300,000 setiap bulan
Pengerusi bergelar Datuk itu didakwa melakukan peras ugut terhadap pengusaha judi ekor haram di seluruh negara.