PUTRAJAYA: Pasukan media sosial rasmi kerajaan perlu arif tentang pengurusan akaun yang cekap, berkesan dan selamat, kata Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.
Beliau berkata ia termasuk pembangunan polisi, garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang kukuh, serta pemahaman mengenai keselamatan siber dan pengurusan krisis.
Dalam ucapan pembukaan di Seminar Media Sosial untuk Kementerian dan Agensi Kerajaan 2024 (SOCIALGOV) yang julung kali diadakan, Mohd Ali berkata pengendali akaun media sosial rasmi kerajaan perlu didedahkan dengan pelbagai pengetahuan digital supaya mesej kerajaan dapat diterima baik oleh rakyat.
Menurutnya seminar itu juga dapat meningkatkan kesedaran terhadap undang-undang dan peraturan yang terpakai di dunia digital antaranya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Sebagai pengamal media, pasukan media sosial rasmi juga perlu mengetahui tentang Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2022 yang menggariskan amalan terbaik dan piawaian etika untuk penciptaan dan penyusunan kandungan," katanya di sini hari ini.
Tegas Mohd Ali sebagai pengguna platform media sosial yang menguruskan akaun rasmi kerajaan, pasukan media sosial harus memahami kepentingan standard komuniti serta terma dan syarat yang dibangunkan oleh penyedia platform bagi melindungi hak mereka dan orang lain.
"Namun, mereka juga perlu tahu bahawa peraturan yang dibangunkan adalah daripada perspektif penyedia platform yang berpangkalan di luar negara dan tidak tertakluk kepada nilai-nilai murni, norma masyarakat serta undang-undang negara ini," katanya.
Beliau berkata MCMC mengakui pengendalian akaun media sosial kerajaan mempunyai cabaran tersendiri yang melibatkan pengurusan risiko, memastikan ketepatan maklumat dan penyederhanaan kandungan secara profesional.
Selain itu, katanya pengurusan pasukan media sosial yang cekap termasuk memantau tingkah laku profesional dan operasi dalaman juga satu cabaran.
Menurut Mohd Ali kepentingan media sosial kepada badan kerajaan jika dibandingkan dengan kaedah media tradisional ialah meliberasasikan komunikasi antara kerajaan dan rakyat yang membolehkan kerajaan berinteraksi secara langsung dengan rakyat untuk menjawab soalan dan menangani kebimbangan mereka serta mengumpul maklum balas dalam masa nyata (real time).
Selain itu, beliau berkata media sosial adalah sebahagian daripada perkhidmatan elektronik kerajaan (e-government services) dan satu-satunya platform yang membolehkan badan kerajaan di seluruh negara mempertingkatkan perhubungan, ketelusan, perkongsian pandangan dan aktiviti sivik bersama rakyat secara aktif.
"Kepercayaan rakyat terhadap akaun media sosial kerajaan juga amat penting supaya ia dijadikan sumber maklumat yang dipercayai dalam penyebaran maklumat yang berkaitan dengan badan kerajaan tersebut, terutama dalam situasi maklumat kritikal perlu dihebahkan kepada golongan sasaran," katanya.
Mohd Ali berkata platform media sosial adalah medium baharu yang menjadi sebahagian daripada saluran komunikasi kerajaan dalam menyalurkan maklumat dan pengumuman terkini kepada rakyat.
"Hasil pencarian MCMC mendapati bahawa daripada 27 kementerian, 22 mempunyai akaun rasmi atau blue tick account di Facebook, 14 mempunyai akaun rasmi Instagram dan setakat ini tiada akaun rasmi di platform TikTok yang direkodkan," katanya.
Dalam kalangan agensi kerajaan pula, Mohd Ali berkata 48 mempunyai akaun rasmi di Facebook berbanding 85 tidak rasmi, 36 akaun rasmi di Instagram berbanding 76 tidak rasmi dan hanya tiga akaun rasmi di TikTok berbanding 64 akaun tidak rasmi.
Memetik Kajian Digital Report 2024 oleh We Are Social dan Meltwater, Mohd Ali berkata 28.68 juta pengguna di Malaysia iaitu 83 peratus daripada penduduk negara ini, aktif di media sosial dengan masa yang dihabiskan dua jam 48 minit setiap hari.
Dari segi platform media sosial pula 90.7 peratus dalam kalangan mereka yang berumur 16 hingga 64 tahun menggunakan WhatsApp, diikuti Facebook (84.9 peratus), Instagram ( 77 peratus) dan TikTok (68.8 peratus).
Beliau berkata penggunaan platform media sosial ternyata bukan hanya untuk hiburan atau kegiatan bersosial dalam talian, malah sebagai sumber maklumat dengan 44.4 peratus menggunakan platform tersebut untuk mendapatkan berita terkini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Mohd Ali hanafiah berkata, pengurusan pasukan media sosial yang cekap termasuk memantau tingkah laku profesional dan operasi dalaman juga satu cabaran. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pengendali media sosial rasmi kerajaan perlu cakna perubahan corak pemikiran, penerimaan mesej oleh rakyat
Pengendali akaun media sosial rasmi kerajaan perlu didedahkan dengan pelbagai pengetahuan digital.